بسم الله الرحمن الرحيم

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Monday, August 31, 2009

Dilema Anak Kelantan

"Mak awak tak akan bagi awak kawin dengan orang luar,kan orang Kelantan nak menantu die orang Kelantan jugak "

"Awak kan orang Kelantan ,tentu akan kawin dengan orang Kelantan jugak"

Begitulah dua rangkap dialog yang aku dengar dari mulut dua orang mak cik , yang pertama semasa makan `moreh` , selepas solat terawih tahun lepas.
Yang kedua beberapa hari lepas,selepas solat subuh , semasa aku berjalan nak balik ke rumah,aku melintas dihadapan group mak cik-mak cik yang tengah berborak,so kena la tegur,yang tua dihormati,yang muda disayangi.
Selepas disoal-siasat berkenaan hal-hal berkaitan pelajaran,terkeluar lah pulak hal yang semua orang tunggu...perkahwinan..lalu terkeluarlah ayat-ayat diatas.

Apa yang aku nak kongsi,mengapa terjadinya diskriminasi seperti ini?
Tidak ada peluang langsung ke,untuk anak-anak teruna Kelantan untuk berkahwin dengan anak-anak dara luar dari Kelantan? Jawab la Jusoh.

Bagi pandangan otak sebelah kanan aku,soal gadis pilihan ini,bukan boleh di'gred'kan mengikut negeri..aku rasa,umi aku pun samalah pendapatnya.

Apa yang perlu kita lihat,untuk memilih gadis pilihan,untuk dijadikan seorang isteri untuk kita,ibu kepada anak-anak kita,menantu kepada umi dan abi kita ialah mengikut apa yang nabi kita tetapkan..

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: Rasulullah bersabda:
“Wanita dinikahi karena empat perkara; karena hartanya, karena kedudukannya/ keturunannya, karena kecantikannya dan keranan agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya niscaya engkau beruntung.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), an—Nasaa’i (6/68) dan Ibnu Majah (1858)

Itulah sebaik-baik panduan untuk kita ikut,mungkin apa yang dikatakan oleh dua orang mak cik itu berdasarkan pengalaman mereka yang lepas-lepas,kerana mereka lebih dulu makan kurma dari kita.

Zaman sudah berubah,ramai orang Kelantan berkahwin dengan orang luar dan Alhamdulillah bahagia semuanya,sebab bila musim cuti,memang Kelantan dipenuhi rakyatnya diperantauan yang pulang membawa zuriat-zuriat masing-masing.Bahagialah tandanya itu.

” Cantik-cantik durian Bangkok,Cantik lagi buah delima,
Siapa kata Kelantan Menolak,Asalkan baik kami menerima”.

Sunday, August 30, 2009

Pondokku...


Gambar Masjid ArRahman Pondok Sungai Durian yang diambil sekitar tahun-tahun 80 an.







Gambar Masjid Ar-Rahman sekarang.

Tips Berterawih Untuk Para Pelajar

Bagi pelajar, apabila bertembung jadual kuliah dengan tarawih mereka perlu bijak membahagikan masa.

Waktu menunaikan solat tarawih itu panjang iaitu bermula selepas solat Isyak hinggalah sebelum masuk waktu Subuh. Maknanya, jika menghadiri kelas malam mereka masih boleh solat tarawih.

Yang terbaik adalah cari rakan-rakan yang belum solat dan tunaikan solat tarawih secara berjemaah. Solat ini pula boleh dibuat secara ringkas. Memadai dengan hanya membaca ayat-ayat lazim selepas al-fatihah.

Ataupun, pelajar boleh pilih untuk solat sendirian. Lagipun asal ibadat sunat tarawih pun dilakukan secara individu oleh Rasulullah SAW. Baginda hanya keluar berjemaah pada beberapa malam terakhir di akhir hayatnya.

Yang menggalakkan ia dikerjakan secara berjemaah ialah saidina Umar selepas melihat solat bersendirian itu kurang meriah.

Kaedah yang sama boleh dilakukan oleh mereka yang terpaksa bertugas waktu malam seperti anggota penguatkuasa dan pasukan keselamatan.

Yang penting, jangan diabaikan sehingga tertinggal pelajaran dan jangan diabaikan tarawih. Sebabnya, Rasulullah bersabda, barang siapa yang mendirikan Ramadan dengan keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan dosanya yang lalu. (riwayat Bukhari)

Mendirikan Ramadan bermaksud menghidupkan malamnya iaitu dengan solat tarawih dan ibadat lain. Solat tarawih termasuk dalam golongan yang disebut dalam hadis ini.

Thursday, August 27, 2009

Komen Tok Guru Haji Hadi..Isu Arak

Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi. Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam.

Ianya memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan. Oleh yang demikian, kita meminta supaya pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan itu sehingga memberi gambaran salah mengikut syariat Islam. Dalam masa yang sama kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun dan Penyayang.

Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam. Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam.

Haramnya arak adalah tidak mengira tempat � samada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri. Menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya � adalah seumpama menghadapi nyamuk aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi !

ALLAHUAKBAR

Utamakan Solat Berjemaah DiMasjid

Mudahnya Solat

Semua waktu solat, Allah dah setting baek, cantek punya. Siyes. Subuh kena bangun, senam badan, penuhkan darah dlm urat2 otak ms sujud. Then berkebun ke gi keje ke g kelas ke apa ke. Pehtu tengahari Zohor. Rehat keje jap, solat, makan. Then sambung keje ke blaja ke sampai Asar. Lepas Asar leh balik rehat, main bola, masak etc. Then rehat sampai Maghrib, baca Qur'an and zikir sket sementara tunggu Isya' (x lama pun. sejam je kena tunggu). Then Isyak. Lepas Isyak leh tgk TV sket, baca buku ke, spend time ngan fmily, then tido. Complete idup sehari dengan disiplin.

LETS BE A GOOD MUSLIM.

Salam Ramadhan Part 2

Suasana malam dikawasan pondok Sg Durian pada bulan puasa memang meriah,kerana ia menjadi tumpuan penduduk disekitar untuk bersolat terawih,jumlah jemaah yang ramai menyebabkan keseronokan berjemaah dapat dirasakan, ditambah pula dengan kemerduaan suara bilal mengalunkan selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w, disahut para makmum yang bersemangat menyerlahkan lagi suasana berterawih.

Walaupun lebih 10 tahun berlalu tetapi masih terngiang-ngiang alunan merdu selawat,dan tanpa disedari sekarang alunan itu aku alunkan sendiri disalah sebuah surau di Kuantan.
Itulah kelebihan berada dikawasan pondok,walaupun pada mulanya sekadar meniru-niru suara bilal,tapi dapat dipraktikkan padamasa ini .

Selepas setiap kali solat berjemaah pula,Tuan Guru Pok Su Weil akan membaca tafsir Al-quran..pada masa itu aku hanya `diwajibkan` duduk disebelah abi untuk sama-sama mendengar...memerhatikan para makmum khusyuk mendengar setiap patah tafsiran yang keluar dari mulut adik kepada `Ayah Haji`. Ayah Haji ialah panggilan kepada ALMARHUM
TUAN GURU HAJI ABDUL RAHMAN BIN SULAIMAN, pengasas pondok Sg Durian.

bersambung

Monday, August 24, 2009

Salam Ramadhan

Tahun ini,tahun keempat berpuasa diKuantan...
Rindukan suasana berpuasa diKelantan.Terutama suasana di rumah lama di Sg Durian masa sekolah rendah dulu.
Dekat dengan pondok , kawan-kawan sepermainan,aktiviti siang hari dan malam hari bersama geng2.Aktivit mandi sungai pada bulan puasa terpaksa ditangguhkan..diganti dengan acara kayuhan basikal megelilingi kampung pada wktu petang.Mencari bekalan buah-buahan untuk makan `colek` selepas tarawih..
Paling diingati..suasana berbuka puasa dimarkas Pas di Sungai Durian..memang meriah..lebih kurang ada 40 hidangan..memang menjadi kebiasaan penduduk disekitar pondok berbuka puasa disitu.
Selesai berbuka , bergegas ke masjid untuk solat maghrib,berimamkan Tuan Guru Pok Su Weil...kalau lambat memang tidak sempat berjemaah..selepas solat maghrib balik berbuka untuk round kedua dirumah,dengan umi dan adik-adik,dan bersiap untuk solat tarawih..sambil menunggu laungan kawan-kawan dari luar rumah memenggil untuk berlumba basikal menuju ke masjid.

bersambung....

Friday, August 21, 2009

Mahabbah wa Dakwah

Pada 8hb 9 2009 , kuliah Hikam dipondok An-Nur dibatalkan, semuanya kerana memberikan laluan kepada para ustaz dari Pondok Pasir Tumboh yang mengadakan lawatan kesini, memberikan ucapan , tazkirah , dan juga motivasi kepada para pelajar An-Nur dan juga peserta – peserta kelas Hikam .

Selepas solat maghrib , kuliah disampaikan oleh Ust Nik Zulkifli , didalam kuliah beliau beberapa perkara diterangkan seperti berikut :

1. Penerangan tentang program lawatan yang merupakan program tahunan , sebelum ini mereka telah mengadakan lawatan ke beberapa tempat seperti Pulau Perhentian ,dan Cameron Highland , yang mana tujuan lawatan adalah untuk mendedahkan suasana realiti masyarakat kepada para pelajar pondok , disamping memperkenalkan pondok kepada masyarakat luar .
2. Beliau mengingatkan para pelajar agama terutamanya pelajar pondok sentiasa muhasabah diri , iaitu sentiasa periksa kemampuan sebagai pelajar agama , sebagai contoh kemampuan untuk memberi ceramah , kuliah ,tazkirah dengan baik , dan menjadi pemidato yang baik . Untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat .
3. Menasihatkan para pelajar sentiasa bersemangat menuntut ilmu , kerana banyak cabaran yang memang wujud bagi pelajar agama seperti omokan mengatakan belajar agama tidak mempunyai masa depan , susah mendapat kerja dan sebagainya .
4. Bersedia dan rela untuk menyebarkan ilmu kepada masyarakat selepas keuar dari pondok , terutama kepada masyarakat di kawasan pedalaman .

Semoga sedikit coretan tentang kuliah yang beliau sampaikan ini , dapat kita jadikan panduan dan amalkan , walaupun kita bukan pelajar pondok . Tetapi kita juga mempunyai tanggungjawab menyampaikan dakwah ….

Moral of the story ;

1. Kita cuba lahirkan dalam keluarga kita seorang yang mesti mendapat pendidikan dipondok.
2. Kita memberikan maklumat tentang pusat pengajian pondok kepada masyarakat
3. agar ramai akan menghantar anak-anak ke pondok.
4. Kita juga perlu mempersiapkan diri kita dengan ilmu-ilmu , dan kemahiran sebagai pendakwah.
5. Mengadakan perkongsian maklumat dua hala antara pusat pengajian moden dengan pengajian pondok .

Friday, August 7, 2009

Salam Kembali

Seminggu berada di Kuantan dalam semester baru selepas praktikal di Sepang,
Kembali bersama kawan-kawan serumah,satu jemaah,satu surau,satu kuliah....
Beberapa perubahan dapat dilihat...alhamdulilah semuanya menggembirakan...
Surau semakin bertambah jemaah,berterusan aktiviti ilmiah,sahabat yang mendapat hidayah ...
Solat jumaat diminggu pertama dimasjid AL-Fatah...Khatibnya...ketua pemuda jemaah..suntikan semangat ruh Islamiah terus membara...

ALHAMDULILLAH...