بسم الله الرحمن الرحيم

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Thursday, September 17, 2009

PEringatan dan Dugaan di MAlam 27 Ramadhan....

Esok da nk balik...
Tadi pergi solat terawih di Masjid Cenderawasih...
Masa nk turun tu ak da rasa xsedap hati..sebab dompet tinggal kat dalam kereta...
Tapi buat tak tahu je..

Tazkirah..kat masjid tadi..memang bez,nyesal tak bawa mp3..kalau tak boleh rekod..
Antara isi kandungan tazkirah:

  • Kita kena hayati Ramadhan..dengan sepenuh hati..agar dapat menjadikan kita , mu`min yang sebenarnya...
  • Natijah atau hasil dari penghayatam Ramadhan hanya akan dapat dilihat dalam sebelas bulan akan datang...samaada ada perubahan atau tidak dalam sudut ketaatan kita kepada Allah.
  • Cuba hadirkan dalam hati,rasa sedih untuk berpisah dengan Ramadhan..dan fikirkan adakah kita masih lagi sempat bertemu Ramadhan yang akan datang.
  • Hidupkan malam raya dengan BERTAKBIR,BERTAHMID DAN BERTAHLIL....
  • Sumbangkan wang , tenaga , kemahiran , idea , kemudahan , anak-anak , dll untuk KEMBANGKAN , SEBARKAN , SEMARAKKAN perjuangan ISLAM.
Yang menarik dan hebatnya setiap kali selepas tazkirah di Masjid Cenderawasih , akan diiringi laungan takbir.

Usai solat terawih , aku rancang nak balik je ,tapi Mawi (bukan artis ) ajak pergi makan colek dan 'somtam'...
Dalam perjalanan sekitar bandar Kuantang , memang terasa kelainan..tidak ada rasa NUR Ramadhan...Semoga 2013 cahaya BULAN PURNAMA dapat memancarkan NUrnya disini...

Dan dugaanya...
Semasa mahu isi minyak Kereta , aku dapati dompetku tiada dalam 'dashbord'....
Ingatkan tertinggal di rumah...tapi tiada juga...

INna lillah wa inna ilaihi raaji`un....

Wednesday, September 16, 2009

Penghujung Ramadhan


Yop Dan Meon balik 2minggu lepas....

Mat Din dan Pok Su balik minggu lepas..Mat Din seksa aku ,dia tunjuk gambar-gambar Kelantan dalam blog dia, http://pasirtumbuh-matdin.blogspot.com , dia buat aku rindukan Kelantan..

Pagi tadi , Pok Nik dan Ammar pun dah balik...aku bersalam dalam keadaan ngantuk..mata terbuka sebelah...

Malam ni malam 27 Ramadhan....Teruskan beribadat...wahai kawan-kawan...jangan dok main 'bedil' ....besar blako doh....biar budok-budok jah main...

Buat geng-geng Maahad Rahmaniah Kuala KRai...@ SeMUara...petang esok..kita bertamu dan menjamu selera di DUsun Damar....tak sabar.....reunion...boys only...

Dan yang paling teruja..nak bersolat terawih di Masjid Pondok Sungai Durian...

TO my beloved ummi and abi...anak sulungmu akan pulang...

Kepada semua yang mengenali dan terkenal...;

Maafkan segala salah silap
Harap dimaafkan dan MIntak di HALALkan jika ada;


Tersalah cakap
Tersilap bagi nasihat
Terguris perasaan
Terlebih dalam bergurau..
Terambil barang tak bagitau....terutama kawan-kawan satu rumah..hahaha
Terpinjam barang terlupa nak dipulangkan
Terhutang lupa nak bayar...
Terumpat dibelakang..
Ter'mengata' ditepi..
Termakan makanan dan tak kongsi...hahahaha

Wassalam...Salam `idulfitri.
Allahu Akbar,Allahu Akbar,Allahu Akbar,Allahu Akbar,
Allahu Akbar,Allahu Akbar,Allahu Akbar,Walillahilhamddu.

Monday, September 14, 2009

Airmata Rasulullah s.a.w

Airmata seorang Nabi... kerana umat tercinta.

Hayatilah duhai teman....

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah,

"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam.Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.

"Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"
"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak di kenang.
"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri,tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian di panggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?"
Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu.Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii,ummatii, ummatiii" - "Umatku, umatku, umatku"
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini,mampukah kita mencintai baginda sebagaimana tulusnya cinta baginda kepada kita?

Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi.

Selagi upaya, kuturuti ajarannya
Apa terdaya, ku amalkan sunnahnya
Rinduku padanya tiada terkira...

Sunday, September 13, 2009

Bersegeralah Ke Surau@Masjid

Cahaya Solat

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :

  • Cahaya yang pertama seperti bintang- bintang.
  • Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
  • Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :

“Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi.”

SENAMAN PIPI

HEBAT DAN TERER

Man : Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali : Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man : Wow! Bapa kau keja apa?
Ali : Tukang gunting rambut.

KELAS BI

Ayah : Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyakkat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adikjer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

SUDU

Doktor : Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit : Eh! tak boleh la doktor.
Doktor : Kenapa?
Pesakit : Rumah saya ada dua sudu jer.

MAYAT

Cikgu : Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. "Ali menaiki
basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat."
Hasan : Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.

TIRU

Cikgu : Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa : Apa bukti awak?
Cikgu : Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang?Seman tulis "Saya tak tahu" dan anak encik tulis "Kalau engkau tak tahu, aku lagi la tak tahu".

DOKTOR

Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT, kerana telinganya dimasuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.
Doktor : "Selamat petang..."
Pesakit : "Selamat petang Doktor!"
Doktor : "Ada masaalah apa ....?"
Pesakit : "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor..."
Doktor : "Biar saya periksa telinga anda!"
setelah diperiksa....
Doktor : "Ada 2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut..."
Pesakit : "Apa caranya doktor?"
Doktor : "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua pula percuma..."
Pesakit : "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?"
Doktor : "Yang percuma kena sabar..."
Pesakit : "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?"
Doktor : "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika
sudah jadi tauge, anda tinggal tarik keluar."
Pesakit : Huh

p/s : Mulai hari dengan senyuman, kerana senyuman adalah ubat. Jangan tension2..

Saturday, September 12, 2009

RENUNGAN RAMADHAN


Firman Allah s.w.t :

“ Wahai orang-orang yang beriman , diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu , agar kamu bertaqwa .” Surah Al-Baqarah ayat 183.



Muslimin dan muslimat , cuba renungkan sejenak , selepas sebulan kita berpuasa , pada sebelas bulan yang akan datang, adakah kita akan terus :


· Kekalkan solat fardhu berjemaah disurau ?

· Selalu membaca Al-Quran ?

· Ternanti –nanti laungan azan maghrib ?

· Banyak bersedekah ?

· Rindukan suasana solat berjemaah ?


Jika semuanya YA , Alhamdulillah kita telah mendapat keberkatan dari bulan Ramadhan .


Jika tidak , berusahalah , berdoalah kepada Allah , jadikan Ramadhan ini sebagai bulan untuk kita mendidik jiwa , nafsu dan diri kita agar dapat menjadi hamba Allah yang benar-benar melakukan semua suruhanNYA dan meninggalkan semua laranganNYA.


Mudah-mudahan kita akan selamat didunia dan juga akhirat .


“ IBADAH DIPERBANYAKKAN

RAMADHAN DIMULIAKAN “

Monday, September 7, 2009

Laskar Pelangi


Kepada sahabat-sahabat yang bakal bergelar pendidik.....
Kepada para pendidik di sekolah-sekolah pondok,sekolah persendirian,sekolah agama rakyat...
Kepada para pelajar.....

Tontoni dan hayatilah filem ini......

Thursday, September 3, 2009

Catatan seorang pemerhati….

Perniagaan yang bersistemkan MLM menjadi trend, syarikat-syarikat atau jenama-jenama baru , tumbuh terlalu banyak dan cepat.


Kebanyakkan ahli-ahlinya adalah orang-orang melayu Islam….

Tentang apa hukumnya itu,aku tidak mahu komen kerana aku bukan ahlinya.


Apa yang terdetik dihati,selepas mendengar beberapa cerita tentang pengalaman-pengalaman dari beberapa orang jemaah surau yang berbincang hal itu selepas solat terawih beberapa hari yang lalu ialah…


Beratnya dugaan dan ujian yang akan ditempuhi sebagai seorang suami dan bapa, kerana untuk memenuhi kehendak keluarga,terpaksalah mencari sumber pendapatan kedua…itu salah satu punca MLM menjadi pilihan.


Begitu ramai yang percaya dan yakin malahan sanggup melabur ratusan ribu ringgit, untuk mendapat pulangan berlipat kali ganda,dalam satu-satu perniagaan MLM yang disertainya tanpa memikirkan halal dan haram.


Mengapa orang Islam lebih mempercayai janji-janji manusia daripada janji-janji Allah,yang menjanjikan perniagaan yang PASTI akan untung,untung dengan pahala.

Seperti sedekah pada jalan Allah,menderma untuk pembinaan masjid,sekolah-sekolah tahfiz,pondok-pondok ,memberi makan anak yatim dan pelbagai lagi sumber untuk kita mencari PAHALA sebagai bekalan di AKHIRAT nanti.



Moral of the story….


Persiapkan diri masing-masing dengan iman dan akidah yang betul dan teguh,dan ilmu-ilmu ,untuk menempuhi hidup sebagai suami dan bapa supaya dapat mewujudkan keluarga yang bersyukur,cukup dengan apa yang ada,redha dengan apa yang tiada.


Tuntutlah ilmu-ilmu agama dan amalkannya supaya dapat menjadi pengawal kita dan mejadikan kita hidup sebagai seorang mu`min.


Kongsilah dan sampaikan ilmu agama yang kita ada kepada masyarakat dengan cara yang berhemah,agar mereka kembali hidup bertuhankan ALLAH dan menyakininya.


“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).” Surah `Ali-Imran ayat 14.