بسم الله الرحمن الرحيم

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Saturday, May 8, 2010

Kuliah Jumaat 7.5.2010


Kuliah Jumaat semalam disi oleh Al-Fadhil Ust Nik Abduh,beliau menggantikan YAB Tok Guru..

Beliau memetik kata-kata Ibnu Qayyim ,berkaitan tentang tiga medan yang dibukakan oleh Rasulullah s.a.w untuk umat baginda berlumba-lumba memanfaatkan tiga medan tersebut.. Selain dari tiga medan ini..semuanya adalah sia-sia untuk kita berlumba mendapatkannya.

Tiga medan tersebut ialah ;
1- Ilmu pengetahuan.
2- Kebajikan sesama manusia.
3- Dakwah dan Jihad.


Sebagai seorang muslim kita semua perlu mendalami ilmu pengetahuan dalam apa jua bidang sekalipun..dengan ditunjangi dengan ilmu agama.
Dengan ilmulah kita dapat menjalankan tanggungjawab seorang muslim dengan sebaiknya..
Dan dapat menunjukkan keunggulan Islam.

Beliau memberi contoh..ketika Islam menakluki Eropah..para sahabat Rasulullah semuanya pandai membaca dan menulis..ini amat mengejutkan masyakat di Eropah kerana di Eropah pada waktu itu..hanya golongan bangsawan sahaja yang ada kebolehan membaca dan menulis.

Medan kedua ialah kebajikan..kita perlu melakukan sebanyak mungkin kebajikan kepada manusia dan menunjukkkan keadilan Islam..

Beliau memberi contoh dinegeri Kelantan sendiri, dengan mengambil berat tentang kebajikan rakyat..sokongan rakyat semakin kuat,dan memang itulah yang dikehendaki oleh Islam..ihsan kepada manusia seluruhnya.

Sebagai orang yang hidup bermasyarakat,cubalah lakukan sebanyak mungkin kebajikan ataupun perkara-perkara yang dapat menarik hati masyarakat disekeliling kepada Islam dengan menunjukkan teladan yang baik.

Perkara paling mudah,kenal pasti keluarga yang susah ataupun miskin,dan cubalah ringankan beban mereka,seperti contoh..sedekahkan sekilo gula setiap bulan..


Ketiga ialah medan dakwah dan jihad...adalah medan yang paling mulia..

Kita sebagai penyokong perjuangan islam,tentunya sangat menginginkan saudara-saudara kita seIslam yang belum menyokong perjuangan Islam,agar dapat bersama-sama kita dalam perjungan ini..disinilah terbukanya peluang untuk berdakwah kepada mereka..

Dan juga kepada rakan-rakan non-muslim..peluang kita berdakwah kepada mereka agar mereka merasa selamat berada dalam pemerintahan Islam dan Insyaallah memeluk Islam..betapa besar pahala yang kita dapat jika dapat mengIslamkan seorang non-muslim..Subhanallah..

Inilah tiga medan yang ditunjukkan oleh Rasulullah untuk kita sama-sama memasukinya dan melakukan sebaik mungkin untuk mendaulatkan Islam.

Tuesday, May 4, 2010

Carilah Tempat Berteduh....


Cuaca panas ketika ini sangat memedihkan dan membakar kulit...

Terasa perit melihat kanak-kanak pulang dari sekolah..berjalan dibawah panas terik mentari..
Ayahnya menanti dibawah bebayang pohon rendang..berteduh dari panahan sang mentari, berkerut dahinya..menahan kepanasan..

Pepohon rendanglah yang akan dicari.....betapa besar rahmat Allah yang dikurniakan hanya dengan sebatang pohon...naungannya menjadi tempat berteduh beberapa orang manusia.

Di dunia ini,kita boleh berteduh di bawah bayang pokok,khemah,bangunan...
Kalau memandu kereta,cermin boleh di'tinted'..untuk menahan dari terik mentari..

Di akhirat nanti..dimanakah tempat untuk kita berlindung dari terik mentari???????

Daripada Abi Hurairah (ra) bahwa Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) bersabda: Ada tujuh golongan yang akan mendapat naungan 'Arasy Allah,yang mana pada hari itu tiada naungan lain,melainkan naungan 'Arasy Allah:

1. Imam (pemimpin) yang adil.
2. Pemuda yang taat kepada Allah sejak kecil.
3. Lelaki yang terpaut hatinya dengan masjid.
4. Dua orang yang saling kasih-mengasihi kerana Allah.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita yang mempunyai kedudukan dan cantik, lalu ia berkata: “Aku takut kepada Allah”.
6. Orang yang bersedekah secara sembunyi sehingga tidak mengetahui tangan kirinya apa yang diberi oleh tangan kanannya.
7. Orang yang bermunajat kepada Allah sambil menggelinangkan airmatanya.
[Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim]

Sebagai seorang lelaki,kita berusahalah untuk sentiasa solat berjemaah dimasjid dan hadir dalam majlis-majlis ilmu yang diadakan dimasjid.

Ketika merasa malas,cuba kita ingat,bagaimana rasanya ketika kita berada ditengah panas...Kemudian ingatlah janji Rasulullah diatas...Insyaallah kita merasa mudah untuk ke masjid.

Sesungguhnya kita beriman dengan Rasulullah s.a.w dan yakin dengan semua janji-janji baginda.