بسم الله الرحمن الرحيم

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Thursday, August 26, 2010

Motivasi Dari Al-Quran


وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِن مُّدَّكِرٍ

Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran? ( Al-Qamar:17)

Dalam ayat ini...Allah menggunakan uslub ( gaya bahasa) yang sangat halus..iaitu dengan menyoal adakah orang yang sudi hendak mengambil pelajaran,yakni membaca,menghafal,mengambil hukum-hukum daripada Al-Quran, melaksanakan perintah dan meninggalkan larangan yang terdapat dalam Al-Quran setelah DIA menurunkan Al-Quran dengan bahasa yang mudah dibaca, sehingga dapat dihafaz...

Dalilnya..semua umat Islam didunia ini...yang berlainan bangsa dan bahasa..tetapi dapat membaca Al-Quran dengan baik..dan para huffaz yang dapat menghafaz 30 juzuk.

1: Allah telah mudahkan Al-Quran untuk dibaca, dihafal,difahami..tetapi kita lebih suka membaca buku-buku,novel-novel,akhbar-akhbar sebagai rujukan dan panduan bagi kita..

Jadi , sempena bulan Ramadhan kali ini, ayuh kita kembali semula kepada Al-Quran,jadikannya senbagai rujukan,panduan dalam semua aspek kehidupan.

2: Kita kena merasa sedih dan malu kepada Allah, jika kita tidak mempelajari dan mengamalkan ilmu-ilmu Al-QUran..

Ilmu yang paling penting ialah Nahu,Soraf,Mantiq,Balaghoh,Asbabul Nuzul,Ulum Quran..dan banyak lagi

Kita periksa diri kita..daripada ilmu-ilmu ini yang mana satukah kita telah pelajari,kita fahami dan amalkan...kalau tiada...tanamkan tekad dalam hati..untuk mencari guru dan mempelajari ilmu itu..paling kurang biarlah ada satu ilmu dari ilmu-ilmu diatas yang kita istiqomah mempelajarinya.

3: Kita baca Al-Quran dan amalkan perintah Allah yang ada didalamnya...berniat kita ikut perintah Allah..bermula dari suruhan yang paling mudah seperti yang terkandung dalam Surah الأعراف ayat ke 31.

۞ يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِندَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلَا تُسْرِفُوا ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ

"Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) mesjid, makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan "

Kita bermula dengan buat yang mudah,dengan harapan dapat kekuatan untuk laksanakan perintah Allah yang lebih besar..seperti memilih pemimpin , pilih yang hendak melaksanakan hukum Allah.

4 : Kita fikir sejenak , apakah larangan-larangan Allah yang terdapat dalam Al-Quran yang telah dan sedang kita buat......

Kalau ada..sama-sama kita bertaubat dan memohon keampunan dari Allah..dan berusaha tinggalkan perkara tersebut...

Akhirnya...kita jangan merasa susah dengan hukum-hukum yang terdapat didalam Al-Quran....

مَا أَنزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْآنَ لِتَشْقَىٰ

Kami tidak menurunkan Al Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah
( Surah Thooha:2)

Semoga Ramadhan kali ini menjadi saksi bahawasanya kita yakin dengan Al-Quran.

Wednesday, August 11, 2010

Perutusan Hari Lahir

Segala puji bagi ALLAH , selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Kepada semua kenalan…bermula dari Pasti, Sek . Keb Sg Embak , Rahmaniah , Pondok Sg Durian , Maahad Lelaki , MATA , dan semuanya sampai tika dan saat ini.

Jika ada :

Tersalahcakap..
Tersilap bagi nasihat..
Terguris perasaan..
Terlebih dalam bergurau..
Terambil barang tak bagitau....terutama kawan-kawan yang pernah tinggal satu rumah sewa..
Terpinjam barang terlupa nak dipulangkan
Terhutang lupa nak bayar...
Termengumpat dibelakang..
Termakan makanan dan tak kongsi...

Minta dihalalkan semuanya..

Kepada guru-guru , ustaz-ustazah , dan tenaga pengajar yang pernah mencurahkan ilmu kepada diri ini..

Minta di restui semua ilmu.

Saturday, August 7, 2010

Re Post...Mengapa Pemimpin Wajib Dipilih ? Mengapa Mengundi Wajib ?


Temubual dengan Prof Madya Dr. Atiqullah Abdullah , Pensyarah Rancangan Pengajian Islam USM Pulau Pinang . ( Utusan Malaysia 3 0g0s 2010 )

Soalan :

Dalam hidup bernegara yang berasaskan demokrasi, apakah kepentingan undi orang Islam dalam agama terutama jika undi kita adalah penentu kemenangan seseorang calon itu.

Jawapan :

1. Mafhum ayat ke 30 dalam surah Al-Baqarah ialah dalam kehidupan manusia di dunia,perlu ada pemimpin yang mengetuai urusan kehidupan kita.

2. Mafhum dari hadis ini “ apabila terdapat tiga orang dalam satu safar (bermusafir) maka hendaklah mereka melantik salah seorang sebagai ketua . Ialah , jika dalam kumpulan tiga orang pun perlukan pemimpin , apatah lagi dalam sebuah negara yang mempunyai jutaan penduduk .

3. Syariat Islam perlukan satu sistem kepimpinan untuk melaksanakannya.

4. Oleh kerana dalam sistem demokrasi yang diamalkan dinegara kita ini , proses pemilihan pemimpin dilakukan melalui pilihan raya , maka penglibatan umat Islam dalam pilihan raya sebagai pengundi juga satu kewajipan.

5. Jika dengan sebab kita tidak mengundi dan akhirnya tampuk kepimpinan negara jatuh kepada golongan yang kita tahu tidak baik dan merugikan Islam , maka kita bertanggungjawab diatas kemungkaran yang dilakukannya.

6. Dalam kontesk negara kita sekarang , jika kerajaan yang sedia ada difikirkan telah cukup baik menjalankan kewajipan , maka menjadi kewajipan kita mengekalkannya.

7. Tetapi , jika berpendapat kerajaan sedia ada tidak cukup baik, malah melakukan banyak kemungkaran dan ada pihak lain yang boleh melakukan lebih baik dan menghapuskan kemungkaran tersebut , maka menjadi kewajipan kita memastikan pihak lain itu dapat membentuk kerajaan dan kepimpinan negara melalui undi kita .





Soalan : Ada yang memberi alasan bahawa demokrasi itu tidak mengikut Islam . Lalu mereka tidak mahu terlibat didalamnya , Adakah wajar tindakan sedemikian .

Jawapan :

Sikap tidak mahu mengundi yang boleh menyebabkan negara dan rakyat mendapat pemimpin yang zalim adalah lebih mendatangkan bencana dan mudarat kepada Islam berbanding mengundi mengikut sistem demokrasi yang terdapat dalamnya beberapa aspek yang salah. Ini perlukan kefahaman fiqh al- awlawiyat dan fiqh al- muwazanat yang betul dan baik.

MORAL OF THE STORY..DAFTARLAH SEBAGAI PENGUNDI SEGERA..