بسم الله الرحمن الرحيم

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Friday, October 15, 2010

Jangan Bertangguh......


Firman Allah s.w.t :Terjemahan Surah Al-Infithor

[1]
Apabila langit terbelah;
[2]
Dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan;
[3]
Dan apabila lautan pecah bercampur-baur;
[4]
Dan apabila kubur-kubur dibongkarkan, -
[5]
(Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya.

Berkongsi sedikit peringatan dari kuliah Maghrib oleh Ustaz Tengku , seorang pensyarah MIAT.

Dalam ayat kelima Surah Al-Infithor..setelah dunia kiamat semua manusia iaitu kita semua...ambo,demo,puok tu,puok kito,..semua sekali akan dibentangkan suratan amalan semasa hidup didunia...itu adalah PASTI akan terjadi..

Apa yang paling ustaz tekankan...dalam ayat ke5 itu..ialah JANGAN kita tangguh buat amalan baik dan bertaubat....takut-takut..disebabkab kita tangguh..kita tidak akan berpeluang melakukannya diwaktu yang lain..kerana sudah kiamat.

Kalau rasa nak solat berjemaah...bermula subuh esok..

Kalau rasa nak baca Al-Quran...baca sekarang..

Kalau rasa nak bersedekah..segerakanlah...

Kalau rasa nak belajar...pergi kuliah-kuliah dimasjid dan surau

Kalau rasa nak nikah.....nikah...:->

Kalau ada rasa buat salah dengan manusia...mintak maaf..

Kalau buat dosa dengan Allah..solat taubat dua rakaat...

Nak buat ape pun yang baik jangan tangguh...Insyaallah.

Friday, October 8, 2010

Friends...Now...And Hereafter


Dalam keghairahan berFB...lawat page kawan-kawan...tengok jumlah friends..

Majoriti ada kawan melebihi 200 dan ada yang mencecah ke angka beribu-ribu...

Pekara pertama terfikir...besarnya tanggungjawab terhadap kawan-kawan,
MENYURUH YANG MA`RUF DAN MENCEGAH YANG MUNGKAR....

Sudah terlaksanakah tugas tersebut disamping mempunyai friends yang ramai..


Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naunganNya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredhaan Allah.


Yang kedua...berfikir........................................................

Seramai-ramai kawan yang aku ada ni.............berapa ramaikah yang dapat hadir untuk solat jenazah aku nanti ?????????????????????????????

Sama-sama kita amal doa ini....

` Ya Allah...tetapkanlah hati kami dalam agamaMU dan taat kepadaMU agar dapat kami berkumpul diakhirat nanti bersama-sama dengan golongan yang selamat dari nerakaMU `