بسم الله الرحمن الرحيم

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Sunday, November 14, 2010

Niat Ketika Baca Al-Quran


Kuliah maghrib semalam di Taman Surau Seroja diisi oleh Ust Yusri..mudir sebuah sekolah tahfiz di Kuala Selangor..

Beliau menyentuh tentang perlunya kita berniat dengan betul ketika hendak membaca Al-Quran..agar,apabila kita membaca Al-Quran ada manfaat kepada kita untuk kehidupan di dunia dan paling penting untuk menghadapi saat kita menemui ajal , ketika berada dalam kubur , ketika dihimpunkan di padang mahsyar , ketika meniti titian Sirot , ketika amalan kita ditimbang diatas Miizan..dan menuju Syurga.

Beliau memberi 3 niat yang kita boleh amalkan ketika hendak membaca Al-Quran....

1 : Niat untuk ditambahkan ilmu.

Kita niat begitu tanda kita mahu Allah kurniakan ilmu kepada kita , terserah kepada Allah ilmu apa yang Dia mahukan tambahkan kepada kita ,kerana Allah lebih tahu ilmu apa yang sesuai untuk kita , disamping kita mujahadah mencari ilmu pengetahuan , agar dapat kita guna ilmu itu umtuk hidup bahagia di dunia dan juga selepas kita mati.

Biar dengan yang ilmu kita ada itu kita dapat bezakan antara halal dan haram..

2 : Niat agar Allah muliakan kita dengan Al-Quran..

Sebagai peringatan kepada kita yang membaca AL-Quran..sama-sama kita jaga dan ubah akhlak kita agar sama sebagaimana yang diajar dalam Al-Quran.

Dan kita dimuliakan dengan Al-Quran sebagai syafa`at( penolong ) kita ketika dalam kubur,padang mahsyar,titian Siirot dan Syurga.

Semua ni kita akan laluinya..Ingat dan bayangkan kepada akhirat ketika kita terniat nak buat maksiat..Insyaallah kita dapat elak buat maksiat.

3 : Niat disembuhkan dari segala penyakit rohani dan juga fizikal..

Dengan baca Al-Quran kita rasa tenang dan hilang stress..bagi yang tidak boleh membaca, dengar bacaan Al-Quran..

Carilah sumber-sumber dalam internet tentang kajian yang telah dilakukan dan terbukti dengan membaca Al-Quran..penyakit-penyakit dapat disembuhkan..

Sebagai contoh mudah...kita lihat orang-orang tua yang istiqomah membaca Al-Quran, mereka tidak nyanyuk...

Waallahu A`lam..