بسم الله الرحمن الرحيم

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Sunday, October 23, 2011

Politik Dan Agama..Perlu Selari...

21.10.2011
Ceramah di Gual Ipoh,Tanah Merah,Kelantan..

YB Speaker Kelantan...Hj Nassuruddin Daud.

Memetik kata-kata Imam Al-Ghazali...

"Agama adalah asas & pemimpin adalah pengawal. Sesuatu tanpa asas akan binasa dan sesuatu tanpa pengawal akan mudah sia-sia."

Agama sebagai asas kepada negara ini..

Pemimpin pula hendaklah mengawal asas negara ini..

Nak jadi pemimpin kena berkuasa..

Kuasa dapat dimiliki melalui sistem politik..

Kita perlu berpolitik...untuk memilih pemimpin yang boleh menjaga negara ini mengikut syariat Islam.

Tuesday, August 16, 2011

70 Ganda...Nak ke Tak...


Kuliah Jumaat minggu lepas..oleh YB Ust Nassuruddin Daud..

Ambo nak kongsi satu 'point' yang penting...Beliau baca hadis tentang kelebihan buat amalan wajib pada bulan Ramadan...pahalanya digandakan sebanyak 70kali ganda....

Beliau bagi contoh...kalau solat berjemaah pada bulan-bulan lain dapat 27 pahala.. cuba darabkan 27 dengan 70. Jawapannya 1890, itu satu waktu..kalau 5 waktu sehari semalam?kalu sebulan?.

Jadi, beliau tanya kalau ada orang yang tak nak lagi peluang yang Allah tawarkan ini..amatlah rugi..dan kalau kita sendiri yang tinggalkan solat berjemaah..kita soal diri kita sendiri..kita rugi ke untung?????

Jadi..sama-sama kita ajak adik -beradik, saudara-mara,kawan-kawan..yang lelaki terutamanya untuk solat berjemaah setiap 5 waktu...

Mudah-mudahan dengan pertolongan Allah..kita dapat istiqomah solat berjemaah di sebelas bulan yang akan datang.

Monday, August 1, 2011

Salam Kemaafan...


Banyak Ambo dapat mesej sempena kedatangan Ramadhan ni...terima kasih semua kepada mereka yang hantar mesej- mesej kepada Ambo..

Dalam banyak- banyak mesej tu..ada satu mesej yang menganjurkan kita minta maaf dengan tiga golongan sempena datangnya bulan mulia ini..iaitu:

1: Ibu-bapa.
2: Suami dengan Isteri
3: Keluarga, sahabat dan orang disekeliling kita.

Jadi Ambo nak ambil kesempatan ni...nak mitak maaf kepada kaum keluarga Ambo, kawan -kawan, dan sesiapa saja yang Ambo kenal..

Minta dimaafkan jika ada tersalah cakap,terlebih dalam bergurau,terguris perasaan,terkasar dalam bergurau, ter`coment` yang tak sesuai dalam FB..ter`share` benda - benda yang tak elok..dll kekhilafan yang ada...

Kemaafan anda semua amat dihaargai...

Jazakumullahu khairan kathiraa...

Tuesday, July 26, 2011

Coretan Zaujati....

24 tahun....ketika teman2 seusia ku menempuh alam baru mereka...aku pula cukup bersyukur kerana diberi peluang dan kesempatan menempuh alam perkahwinan seawal umur 20an...mungkin ramai diluar sana mengganggap berkahwin muda satu beban yang berat..namun bagiku itu bukan la satu beban,kerana aku percaya dengan takdir ALLAH...perkahwinan itu membuka pintu rezeki sekiranya niat seseorang itu betul...

24 tahun....bakal ibu muda....satu pengalaman yang cukup indah...dan aku sangat bersyukur kerana ALLAH memberi kesempatan dan rezeki menimang anak dalam usia ini...bukan mudah bagi seseorang yang masih mentah dan tidak mempunyai pengalaman menjadi ibu...bagiku itu adalah satu anugerah yang tidak ternilai yang diberikan oleh ALLAH S.W.T....

24 tahun....baru ku tahu..bukan senang seorang wanita juga seorang ibu untuk mengandungkan seorang bayi selama 9bulan..apatah lagi jika 8,9 atau 10 orang anak..bayangkan keperitan,kesakitan yang terpaksa ditanggung...tp begitulah kuatnya seorang wanita itu sehinggakan dia mampu menjaga anaknye dari kecil hingga lah berjaya...

24 tahun...aku sudah mempunyai pengalaman merasa sendiri janin yang semakin membesar dari awal kandungan sehingga trimester terakhir..kagum,terharu..tidak dapat diungkap dengan kata2...

24 tahun...sudah ku rasa keperitan mengandung, ketika ini hanya doa dan sokongan daripada orang tersayang yang amat2 diperlukan..dan alhamdulillah..aku mendapat kasih sayang dari zauj yang sangat2 memahami dan menyayangi diri ini walaupun zauj tidak selalu disamping,namun ku tahu doa nya sentiasa mengiringi kami berdua..

semoga dengan kehadiran si cilik 2bulan lagi...akan menambahkan kasih sayang dalam rumah tangga yang terbina seawal usia kami..24tahun....aammmiiinn!!...

p/s : percayalah ALLAH akan mengurniakan ganjaran yang besar kepada hambanya yang bersabar dan sentiasa bersyukur..wa jazakallahukhairan kathira buat zauj yang tercinta....semoga hari2 mu dilimpahkan keberkatan oleh ALLAH S.W.T..

Sunday, July 24, 2011

Ingin Bersama.....

Pak Cik dan Mak Cik yang sudah berpuluh tahun kahwin pun..tak mahu berpisah jauh walaupun didalam sebuah kapal terbang..ingin duduk sebelah menyebelah..

Inikan pula yang baru kahwin...berpisah jauh..kerana tuntutan tugas...terasa begitu berat,seperti Mak Cik yang dipisahkan selang beberapa tempat duduk daripada Pak Cik....

Bagaimana pula di Akhirat nanti...tidakkah kita ingin bersama..buat selamanya,di dalam Syurga...?

Suami bersama Isteri..
Ibu-bapa bersama anak-anak..
Pemimpin bersama rakyat...
Satu keluarga ingin bersama..
Saudara-mara ingin bersama...

Bergelak-tawa,bergurau-senda..tidak salah..biarlah ada batasnya..
Berkenduri-kendara walaupun beradat..jangan dilupakan hukum syaraknya..
Bekumpul sekali-sekali bersama keluarga..solat berjemaah jangan dilupa..
Bertepuk-tampar dengan saudara-mara..biar tahu batas auratnya...

Semoga kita bahagia bersama keluarga...disini dan DISANA..

Thursday, July 21, 2011

7 Bulan...

Seminggu ambo bercuti di Kelate....

Dua hari lepas selesai buat solat hajat untuk zaujah,semoga dimudahkan segala urusan untuk melahirkan anak....dan melahirkan baby yang sihat.

Seminggu bersama isteri...melihat dia bergerak,melakukan kerja-kerja rumah dengan perut yang semakin membesar...melihat pun terasa susah apatah lagi dia yang menanggungnya...
baru mengerti..pengorbanan seorang ibu...dan nilai cinta..

Kalau bukan kerana kasih-sayang yang Allah berikan...tidak mungkin seseorang perempuan sanggup menanggung beban sebegitu rupa..dari awal kehamilan hinggalah ke saat untuk berjuang melahirkan anak...

Kerana yakin ada ganjaran daripada Allah untuknya...

Jazakillahu Khairan Kathiraa....

p/s; kepada kawan-kawan yang single lagi...kahwinlah..boring jadi bapa seorang diri.

Menulis...

Friday, July 15, 2011

Bekalan Untuk Kita

Pesanan Rasulullah S.A.W kepada Abu Zaar....sebagai bekalan untuk menuju akhirat...

1: Berpuasalah pada satu hari yang panas..sebagai persediaan berada dipadang Mahsyar.

2: Bangunlah solat pada malam yang gelap gelita..sebagai persediaan berada didalam kubur yang gelap gelita.

3: Pergi menunaikan haji..sebagai persediaan menghadapi keaadaan di hari Kiamat.

4: Bersedekah.

5: Bercakap hanya perkara-perkara yang baik...kalau tidak..DIAM.

Saturday, May 28, 2011

Hikmah...


Allah sayangkan kita semua, rakyat Malaysia..

Dulu isu peminum arak...

Sekarang isu tuduhan zina dan qazaf..

Kita lihat dari sudut ilmu..dengan timbulnya isu-isu tersebut...

Wacana,seminar,forum,kuliah diadakan dengan meluas untuk menjelaskan isu-isu berkenaan dengan berlandaskan hukum syarak..

Secara tidak langsung,sekaligus mendekatkan masyarakat dengan hukum-hukum Islam, menambah pemahaman masyarakat berkaitan dengan hukum hudud..

Sebelum ini,kita jauh dari ilmu-ilmu hukum-hakam Islam....
Sekarang...kita sedang belajar dalam universiti terbuka...(jika hadir ke kuliah,forum,seminar..)

Inilah pertarbiahan...agar kita jadikan wasilah untuk memahami keindahan Islam.

Meyakinkan masyarakat tentang keadilan undang-undang Islam...

Pentarbiahan menuju tertegaknya Negara berlandaskan hukum Islam..

Subhanallah..Alhamdulillah...Allahu Akbar...

Friday, April 22, 2011

Doa Untuk Ibu Bapa....




" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu
bapamu (tak kira masih hidup @ telah tiada )"...
nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi :"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia
tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya
dalam sehari"

Huraian hadith:

- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua
ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada)

- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang
tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun
ada ibubapa yang leka, doakan agar mereka berubah)

- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah
keredhaan Allah


- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...
tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua
kita, termasuk guru2 dan mereka yang banyak
menolong kita


- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua,
akan disempitkan rezeki oleh Allah


Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... .
Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari

- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi
segala nikmat yang kita dapat dari Allah
(cth: makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsbnya..)

InsyaAllah..
Berusaha dan bertawakal.. ..., sesungguhnya rezeki itu
bukan kerana ada sijil SPM,STPM, Diploma, Master......


Insya Allah
Allahu Akbar !

Tuesday, April 19, 2011

Wasiat Imam Syafie...

Lama tak update blog...disebabkan banyak sebab...
Untuk aktifkan semula blog...kena tazkirah dulu...
Sama-sama kita hayati..dan amalkan...



10 Wasiat Imam Syafie...

Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat
kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya.Berikut ialah
kandungan wasiat
tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka
hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan
percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan
kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati
dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing
merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang
dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan
nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan
sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI
AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu
orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu
bapa bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok
akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima
bala,bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan
maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat,
bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan
bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari
kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan

Tuesday, March 1, 2011

Subhanallah...Alhamdulillah...


Semalam, ambo melalui pengalaman yang tak pernah dilalui sebelum ini...yang banyak memberi pengajaran dan juga membuatkan ambo rasa bersyukur sangat...

Pengalaman itu ialah berada dalam majlis pengIslaman seorang saudara baru...
Majlis itu diadakan dalam sesi kuliah maghrib di Surau Taman Seroja Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang..

Ambo nak kongsi..antara pengajaran yang mungkin dapat sama-sama kita fikirkan dan jadikan penguat semangat untuk kita menjadi hamba Allah dan juga umat nabi Muhammad S.A.W.

1: Melihat saudara baru melafazkan kalimah syahadah buat kali pertama..menimbulkan rasa insaf..kerana....dia..pada waktu itu...adalah seorang hamba Allah yang suci dari segala dosa..ibarat bayi yang baru dilahirkan...

2: Mendengar beliau melafazkan syahadah buat pertama kali...dengan sedaya upaya cuba menyebut lafaz itu dengan sebaiknya...membuatkan kita sepatutnya rasa bersyukur kerana kita dapat melafazkan kalimah syahadah dengan baik dan lancar...

3: Allah itu Maha Pengampun...sedangkan orang yang sebelum ini...syirik kepadaNYA..dapat diterima masuk Islam,diampunkan segala dosa-dosa sebelum ini..apatah lagi kita yang sudah Islam..tapi mungkin sedikit tersasar melanggar laranganNYA dan meninggalkan suruhanNYA....amat mudah untuk Allah mengampunkan kita..dengan syarat bertaubat dan memohon keampunan dariNYA dengan bersungguh-sungguh.

4: Sebagai peringatan..pernahkah kita menerangkan atau menunjukkan kebenaran dan keindahan Islam kepada orang-orang bukan Islam disekeliling kita.

Kalau kita tidak mampu dan tidak ada kuasa, kita pilihlah pemimpin yang dapat menunjukkan dan menerangkan tentang keindahan dan keadilan Islam,ketika berucap dihadapan bukan Islam,ketika bergaul dengan pemimpin-pemimpin bukan Islam...bukan pemimpin yang merosakkan keindahan agama Islam.

Kalau tidak....paling kurang, jangan kita menjadi fitnah kepada Islam...jangan sebab perbuatan dan tingkah laku kita..menyebabkan orang bukan Islam..mendapat gambaran yang buruk tentang Islam.

Tujuan berbuat demikian adalah untuk kita sama-sama selamat diakhirat nanti...



Moral of the story...

1: Be an ideal muslim.

2: Kita sudah dilahirkan sebagai Islam...satu nikmat yang besar,jadi tugas kita ialah, amalkan ajaran Islam sepenuhnya.

3: Tengok video klip The Chosen One oleh Maher Zain...jadikan Rasullullah S.A.W sebagai contoh untuk kita menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim.

Sunday, February 13, 2011

Alhamdulillah...


Seminggu berada di Negeri Kelantan,tanah rendah sekebun bunga,negeri tadahan wahyu, negeri membangun bersama Islam...Alhamdulillah.

Pulang ke negeri ini untuk tengok wajah umi,abi,zaujah...adik-beradik,saudara-mara dan Menteri Besar....ada ke negeri lain..yang rakyatnya dapat lihat wajah MB setiap hari Jumaat..Alhamdulillah.

Pulang ke negeri ini..umtuk makan makanan yang susah nak dapat di negeri luar..dan hasil masakan nenek..seperti nasi lemak dengan sambal ikan aayo@ ikan tongkol...nasi kerabu kuning,kuih lompat tikke..(tak boleh translate)...dan paling best...susu kambing segar..dapat dibeli di Medan Ilmu..selepas Kuliah Jumaat oleh Tok Guru..Alhamdulillah

Pulang ke negeri ini ,hari Jumaat dapat mendengar kuliah Jumaat..menatap wajah Tok Guru.me..Alhamdulillah.

Pulang ke negeri ini untuk .....bawa zaujah ke Klinik AN-NISA`......for pregnancy test...pada 6.2.2011...zaujah disahkan mengandung....7 minggu..5 hari...

Segala puji bagi ALLAH...

Sunday, January 23, 2011

Ambo dan CPT ( In Bahasa Kelate)


7 tahun lepas....

Ambo balik dari sekolah Maahad Laki...naik vespa putih ambo...cuaca panas...raso gelegok jah pallo..doh la helmet ambo tak ddok span...panas sunggoh...

Jaddi...dalle palo ambo ni...nAk caghi la sesuatu hok bulih wat palo ambo sejuk sikit...suppo minum air sluuupee...tapi hok jenis tradisional sikit...mugo naik vespa..kena la make hok klasik jugok... terbayye ko CPT slaluh...cendol pulut tappe.

Keno semakuk...meme puah hati...rego dio baru 2 riyyal..hok special...ado cendol,cincau,jagung manis,locong (bendo po cendo tuh tapi wano pink),pulut and tappe laa..

Hari Ini....

Genap sbule ambo jadi suami, pah kebetule hari ni ambo cuti..jadi balik la ke Klate...pagi tadi gi ngata wife tempat praktikal dio...

Pukul satu...tubik nga wife...ajat nak make tapi kenye...jadi ambo pon tringat la ko CPT...g la kedda tuh..

Ambo bruboh...hargo CPT pun bruboh....loni reggo dio naik seriyal....tapi tak po lah...sebab rasa tak jejas..suppo mulo jah...

Sambil make tu...ambo flashback....dullu..makke bertemankan vespa nga helmet....loni..ado wife...walaupun harga naik seriyal...tapi berbaloi...

Pah ado kamera, bulih ambik gmbar CPT...

Moral Of The Story....

Utamakan makanan tempatan...

Rezeki daripada ALLAh yang diberikan kepada kita,sentiasa mencukupi,seiring dengan pertambahan usia dan tanggungjawab kita...

Tuesday, January 4, 2011

Selepas Walimah.........


Dan kahwinilah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) di antara kamu, dan orang soleh daripada hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia Nya, kerana Allah amat luas (rahmat dan limpah kurnia Nya), lagi amat mengetahui." (Surah An-Nuur ayat 32)

Last entri ambo sebelum ni...ambo masih lagi bujang.....sekarang ni......suami orang..
Tahun bertukar tahun...status ambo pun bertukar....

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar...

Pertama sekalinya ambo ingin memohon seribu kemaafan kepada sahabat-sahabat atau sesiapa yang kenal akan diri ambo ini...yang ambo terlepas pandang...tak sempat nak bagitau tentang walimah ambo...

Apa yang ambo nak kongsi disini ialah..suasana yang ambo dapat perhatikan selepas daripada perkahwinan....

Pertama sekali tentulah kehadiran seorang insan bernama isteri...yang memberikan ketenangan didalam hidup ......walaupun pada saat ini berjauhan darinya...

Walaupun jauh...tapi berkat hubungan yang halal...ketenangan itu dapat dirasai...

Yang kedua...dapat menghubungkan silaturrahiim..dengan keluarga isteri...alhamdulillah keluarga zaujah ambo besar....dan memang rasa gembira bila kita ada ramai ahli keluarga...

Dan sekarang zaujah ambo tinggal dengan di rumah saudara ambo..selama menjalani latihan industri...merapatkan lagi hubungan dua keluarga...

Dan yang ketiga...bila ke rumah zaujah...dikawasan kampung itu...ramai sahabat abi( ayah ambo)dapatlah juga ambo merapatkan lagi hubungan silaturahiim dengan sahabat-sahabat abi. Semua ini merupakan sunnah Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W.

Dengan satu walimah...begitu banyak sunnah baginda, kita dapat amalkan.Subhanallah.

Jazakumullahu khairan kathiraa kepada semua yang memyempurnakan walimah ambo..terutama kepada abi dan ummi..abah dan ma..bapa-bapa saudara,mak-mak saudara,sepupu-sepupu,kawan-kawan,dan semua yang hadir semasa walimah.

‘Dan tolong-menolonglah kamu dalam(mengerjakan) kebaikan dan takwa dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran’

[Surah Al-Maedah: 2]