بسم الله الرحمن الرحيم

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Tuesday, August 28, 2012

Bakal-bakal Pengantin...Ambil Perhatian (Part 1)




Rasanya molek doh Ambo tulis entri ni...raso sapa masa doh...sebab rasanya ramai dikalangan kawan-kawan yang dah bertunang dan bakal berkahwin....

Entri ni..ringkas jer...pasal tips-tips nak menjalankan majlis akad nikah,dan walimatul urus..yang ikut sunnah...

Ada sunnah yang Ambo tak dapat buat..harapnya dengan entri ini..ada kawan-kawan yang dapat buat
Tips@ ilmu yang Ambo nak kongsikan ni...kalau dapat dilaksanakan amatlah molek...

1; Semasa majlis akad nikah...seeloknya diramaikan orang-orang soleh...kalau boleh jemputlah guru-guru agama yang kita belajar dengan mereka..ataupun " sewa" budak-budak yang hafaz Al-quran untuk meramaikan majlis akad nikah.

2 ; Gantikan "banner" ucapan Selamat Pengantin Baru dengan "banner" yang tertulis          
      "بارك الله لك وبارك عليك وجمع بينكما في خير" . Mudah-mudahan denga adanya "banner" tersebut..para tetamu yang hadir ke kenduri kahwin tersebut membacanya dan menjadi doa kepada pasangan pengantin.

3 ; Pilih tarikh perkahwinan mengikut kalendar Hijrah@ Islam...kerana aturan haid seorang wanita
lebih tepat mengikut kalendar Islam.


bersambung....

Tuesday, August 14, 2012

Ramadhan Dulu dan Sekarang

1: Dulu - dulu berpuasa tanpa tablet,android,smartphone.
   Sekarang..berbuka,upload gambar,makan colek, instagram,sahur di tweet. :)

2: Kanak- kanak dulu,suka dan meriah bila datang ke surau di malam bulan Ramadhan...bertarawih,berselawat,sambil bermain, makan kuih sabil (moreh).
Sekarang , datang surau bawa hp...kurang bersosial...yang tak datang pun ada..main PS kat rumah.

3: Dulu,,mercun paling kuat pun mercun bola,ketupat,telur...bedil buluh memang la..
Sekarang,malam raya dah macam malam tahun baru...bunga api 100 das...satu kampung nampak.

4: Dulu -dulu..solat terawih imam baca surah lazim...
Sekarang ramai imam-imam hafiz....suara merdu..muka jernih... ;)

5: Dulu, awal Ramadhan jemaah ramai, tengah tu kurang sikit...akhir...kurang lagi.
Sekarang sama saja...cuma ada banyak peringatan,pesanan di internet,billboard,kain - kain rentang menggalakkan penghayatn di akhir Ramadhan.

6: Orang dulu - dulu buat sendiri ketupat,tappey ( tapai beras pulut) untuk anak cucu.
Anak cucu sekarang...bila orang - orang dulu dah meninggal..jarang yang boleh buat ketupat dan tappey.

7: Dulu..kita kecil - kecil..kita buat amal dalam bulan Ramadhan ikut - ikut orang tua.
Sekarang...kita dah besar...kena belajar..ilmu - ilmu berkaitan puasa,solat terawih,zakat
fitrah,iktikaf,tadarrus...dll..banyak sumber -  sumber dalam intenet,majalah,risalah...lebih elok jika 
kita belajar berkitab.

8: Dulu ambo berpuasa sebagai anak..
Sekarang ambo berpuasa dengan anak....;)


Thursday, August 2, 2012

2 Alam..

Bukan cerita seram..tapi cerita dialam yang kebanyakan dari kita berada sekarang iaitu alam nyata dan alam maya..

Alam maya seperti FB,Tweeter,blog,dan banyak lagi...idea nak menulis tentang alam ni timbul,
bila lihat ramai yang berpesan-pesan atau berdakwah diFB..
di alam yang nyata bagaimana pula keadaannya..????

Golongan yang berintenet ini memang sudah terdedah dengan banyak bahan-bahan dakwah..
Jadi elok sangat kalau kita share n post bahan- bahan dakwah kat FB..kemudian lanjutkan lagi dengan sebarkannya kepada orang disekeliling kita di alam nyata ini..terutama kepada masyarakat kampung..

Cetak poster-poster dakwah,karikatur dakwah..tampalkan di tempat-tempat awam...

Isu yang kedua dalam tajuk 2 Alam ini..

Tentang ilmu...

Dengan teknologi hari ini..sebaran ilmu-ilmu agama sangat-sangat luas..melalui FB, Youtbe dan blog..malahan tv internet...

Dan golongan muda semakin dekat dengan ilmu-ilmu agama..

Sekadar berkongsi saranan...ilmu itu seeloknya kita tuntut dengan cara berguru,berkitab dan bertempat..

Terus sebarkan kelebihan- kelebihan amalan di alam maya..dan mantapkan lagi ilmu dengan menghadiri kuliah-kuliah ilmu di masjid,surau,balaisah berhampiran anda.

Wednesday, May 23, 2012

Ambo dan Bersih...



Hampir sebulan berlalu...masih hangat cerita tentang Bersih...

Kenapa perlu sokong Bersih...

Sumber : Fiqh Daulah menurut Perspektif Islam oleh Dr. Yusuf al-Qardhawi Terjemahan Ust Hj Juanda Hj Jaya

* Syeikh Yusof Qardawi diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia sebagai Tokoh Maal Hijrah dan Dr Juanda Jaya adalah Mufti Perlis.

Berdasarkan hadis dibawah :

“Jihad yang paling afdhal adalah dengan berkata benar di hadapan pemerintah yang zalim.” [Riwayat at-Tirmidzi no. 2174, Abu Daud no. 4344 dan an-Nasa’ie no. 7834].

 Bagaimana ambo nak beramal dengan hadis diatas?...tak mungkin ambo boleh berseorangan pergi ke Putrajaya dan berdiri depan kediaman Perdana Menteri memberitahu kezaliman yang dilakukannya.

Jadi...ambo perlu gunakan sistem atau jalan yang betul untuk memilih wakil ambo ( wakil rakyat) untuk menegur Perdana Menteri di dalam Parlimen.

Sistem itu adalah demokrasi berparlimen...dengan cara mengundi...

Sebelum mengundi ambo patut tahu parti mana yang calonnya perlu ambo pilih..disinilah perlunya MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL. salah satu dari tuntutan Bersih. Dengan adanya media yang adil dan bebas...parti-parti yang bertanding dapat berkempen dengan sama rata didalam media arus perdana.

Dengan adil dan bebasnya media..ambo dapat membuat keputusan yang terbaik dalam memilih wakil rakyat dan parti..barulah demokrasi namanya. 

Disebabkan media sekarang tidak adil dan bebas..ambo sokong Bersih..untuk menunjukkan sokongan supaya  sistem berpilihanraya di negara ambo ini dibersihkan.

Ringkasnya begini....

Bersih > Media yang adil > Undi > Wakil Rakyat > Parlimen > Tegur pemerintah yang zalim@ tidak jadikan Al-Quran sebagai perlembagaan.

Makluman: 

Kuliah kitab Fiqh Daulah menurut Perspektif Islam oleh Dr Yusof Qardawi terjemahan Ust Hj Juanda Hj Jaya di Masjid Sultan Yahya Petra Bandar Machang pada setiap hari Khamis minggu ke 3, kuliah selepas solat Maghrib.





Thursday, May 10, 2012

Pesanan Luqman Al-Hakim

   

Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".  Surah Luqman : 13



Thursday, March 29, 2012

Mudah Di Amalkan..

.




Kebiasaannya.bila orang lain berbuat kebaikan untuk kita atau menolong kita..kita akan ucapkan TERIMA KASIH, ataupun TQ jika ber'sms',ber'emel' dan `chat`...

Tidak salah untuk menyebut atau menulis sedemikian...tapi..lebih baik jika kita boleh lazimkan mengucapkan atau menulis 'JAZAAKALLAHU KHAIRAA'..

Kerana ucapan jazaakallahu khairaa ini menunjukkan  kebergantungan kita kepada Allah..kerana kita..memohon Allah membalas kebaikan kepada mereka yang telah menolong kita.

Kalau merasa janggal untuk mengamalkannya, pada permulaan ini..amalkanlah ucapan ini dengan orang yang rapat dengan kita terlebih dahulu...seperti Isteri...kawan-kawan rapat,geng usrah.....Insyaallah bila sudah biasa..kita akan yakin untuk ucapkannya kepada sesiapa pun...dan dapat mengamalkannya seumur hidup.


Dan juga amalkan menaip 'Jazaakallahu Khairaa' jika seseorang menolong kita  ketika ber'sms',emel dan 'chat'.

p/s : Doa ini boleh dilihat dalam Kitab Perisai Muslim..
       Untuk perempuan "Jazaakillahu Khairaa" , untuk ramai " Jazaakumullahu Khairaa

Sunday, March 25, 2012

Wirid selepas Solat..



Wirid selepas solat adalah sunnah yang sangat penting, tetapi kita selalu abaikan..terutama selepas Solat Zohor,Asar dan Isya`.....kebanyakan Imam tidak akan bertasbih ( Subhanallah)33 kali. , bertahmid ( Alhamdulillah)33 kali. dan bertakbir ( Allahuakbar )  33 kali..kemudian dicukupkan seratus  dengan
لا إله إلا الله (وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير)  

Kita pun kadang-kadang malas menyebutnya..walaupun kita tahu akan kelebihannya..Insyaallah dengan petikan hadis diatas..kita dapat jadikannya `booster` untuk mengamalkan wirid tersebut.

Jadi..lazimkanlah berwirid sekiranya kita berpeluang menjadi Imam..di surau-surau , selepas solat berjemaah dengan rakan-rakan , solat ditempat kerja,solat ketika bermusafir..ataupun solat bersama isteri dan anak-anak.

Dan juga kepada kaum wanita..selepas solat bersendirian atau berjemaah dengan kawan-kawan.
Anda boleh berwirid dengan wirid diatas.

Insyaallah kita diberi kekuatan oleh Allah untuk mengamalkannya..

Manisnya bercinta selepas dinikahkan..
Manisnya ilmu selepas diamalkan....;)

p/s: Gambar dari Kitab Anak Kunci Syurga...




Wednesday, March 21, 2012

Ada Apa Dengan Guchil...

Guchil..salah satu Mukim dalam daerah Batu Mengkebang di Jajahan Kuala Krai...

Tapak asal Pondok Sungai Durian juga di Guchil.


Ambo bukan asal dari Guchil...tapi pernah membesar di Guchil..

Pernah belajar Pasti di Guchil..

Selepas 25 tahun ambo kembali untuk membesarkan anak di Guchil..

Zaujah ambo pun bukan asal dari Guchil..tapi pernah menetap di Guchil selama 14 tahun..

Zaujah bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Banggol Guchil dan kini menjadi pengajar di SKBG..


Kitaran hidup yang membawa seribu kenangan.

p/s : lama tak update blog..insyaallah kembali aktif dengan pelbagai perkongsiaan.




Tuesday, January 3, 2012

BUKU BARU

Buang sawang-sawang di blog, lama tak update sebab sibuk layan anak.. 


Cuma nak bagi pencerahan tentang perkara-perkara yang berlaku sejak akhir-akhir ini di negara kita..yang banyak memberi kredit kepada penyebaran keindahan Islam dalam semua aspek. 


Kalau kita ingat..bermula dengan Maher Zain..yang memyampaikan mesej-mesej Islam melalui lagu-lagunya.. Dengan lagu-lagunya..kita menjadi `familiar` dengan ungkapan-ungkapan yang sebelum ini jarang digunakan..termasuk doa kepada pengantin yang tersangat jarang diucapkan sebelum ini. 


Doa tersebut merupakan sunnah Nabi Muhammada S.A.W. 


Yang kedua..laman Fattabiouni..yang menjelaskan tentang sunnah-sunnah Rasulullah secara padat tetapi santai..penjelasan oleh Habib Mohammad Al-Saqaf. 


Usaha yang tersangat baik. Juga terdapaat dalam bentuk video di Youtube.


Akhir tahun 2011 pula..menimbulkan satu usaha dakwah baru melalu Youtube..oleh Dewan Pemuda PAS..dengan munculnya telemovie Oley!..yang mencatat antara video paling banyak ditonton dalam masa seminggu.


Video Oley! adalah satu bentuk kematangan DPPP berhujah untuk menjelaskan hukum hudud. 


Penutup untuk tahun 2011..setelah hampir 50 tahun lebih..rakyat disajikan dengan program-program yang melalaikan pada malam 31 Disember. 


Alternatif pernah dibuat di Kelantan pada beberapa tahun lepas, untuk mengelakkan masyarakat terjebak dalam program-program mungkar pada malam tersebut. Dan yang terbaru usaha tersebut dibuat oleh kerajaan negeri Selangor...maka dikhabarkan 80 ribu pengunjung hadir.. 


Tanda masyarakat mahukan perkara-perkara yang baik..itulah fitrah.. 


Kalau di I-City mereka katakan mereka Sayangi Selangor... 
Di Shah Alam...Kerajaan Negeri Selangor, Sayangkan RAKYAT Selangor. 
Sayangkan rakyat, didik rakyat buat benda baik..tinggal benda mungkar..