بسم الله الرحمن الرحيم

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Wednesday, May 23, 2012

Ambo dan Bersih...



Hampir sebulan berlalu...masih hangat cerita tentang Bersih...

Kenapa perlu sokong Bersih...

Sumber : Fiqh Daulah menurut Perspektif Islam oleh Dr. Yusuf al-Qardhawi Terjemahan Ust Hj Juanda Hj Jaya

* Syeikh Yusof Qardawi diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia sebagai Tokoh Maal Hijrah dan Dr Juanda Jaya adalah Mufti Perlis.

Berdasarkan hadis dibawah :

“Jihad yang paling afdhal adalah dengan berkata benar di hadapan pemerintah yang zalim.” [Riwayat at-Tirmidzi no. 2174, Abu Daud no. 4344 dan an-Nasa’ie no. 7834].

 Bagaimana ambo nak beramal dengan hadis diatas?...tak mungkin ambo boleh berseorangan pergi ke Putrajaya dan berdiri depan kediaman Perdana Menteri memberitahu kezaliman yang dilakukannya.

Jadi...ambo perlu gunakan sistem atau jalan yang betul untuk memilih wakil ambo ( wakil rakyat) untuk menegur Perdana Menteri di dalam Parlimen.

Sistem itu adalah demokrasi berparlimen...dengan cara mengundi...

Sebelum mengundi ambo patut tahu parti mana yang calonnya perlu ambo pilih..disinilah perlunya MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL. salah satu dari tuntutan Bersih. Dengan adanya media yang adil dan bebas...parti-parti yang bertanding dapat berkempen dengan sama rata didalam media arus perdana.

Dengan adil dan bebasnya media..ambo dapat membuat keputusan yang terbaik dalam memilih wakil rakyat dan parti..barulah demokrasi namanya. 

Disebabkan media sekarang tidak adil dan bebas..ambo sokong Bersih..untuk menunjukkan sokongan supaya  sistem berpilihanraya di negara ambo ini dibersihkan.

Ringkasnya begini....

Bersih > Media yang adil > Undi > Wakil Rakyat > Parlimen > Tegur pemerintah yang zalim@ tidak jadikan Al-Quran sebagai perlembagaan.

Makluman: 

Kuliah kitab Fiqh Daulah menurut Perspektif Islam oleh Dr Yusof Qardawi terjemahan Ust Hj Juanda Hj Jaya di Masjid Sultan Yahya Petra Bandar Machang pada setiap hari Khamis minggu ke 3, kuliah selepas solat Maghrib.





Thursday, May 10, 2012

Pesanan Luqman Al-Hakim

   

Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".  Surah Luqman : 13