بسم الله الرحمن الرحيم

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Sunday, November 10, 2013

Cerita Dari Ipoh : Ilmu

1:
Minggu lepas dalam kuliah Maghrib di Masjid Muhammadiah @ Masjid Cina, Ipoh. Ustaz baca hadis dari Anas bin Malik tentang kelebihan menuntut ilmu.

‡Daripada Anas r.a berkata: BersabdaRasulullah s.a.w: ³Barangsiapa keluar mencari ilmu maka ia sebenarnya berjihad di jalan Allah sehingga dia kembali´.

Hadis Riwayat At Tirmizi.


Ustaz suruh jagalah amalan mencari ilmu, mendengar kuliah - kuliah , kerana jika hilang sekali amalan tersebut, takut susah nak buat kembali. Di mana saja berada , carilah kuliah - kuliah maghrib. Lapangkan satu ' slot ' dalam kehidupan seharian kita untuk berada dalam majlis ilmu.

2:
Malam ini ustaz bagi galakakan sempena bulan hijrah ni, hijrah dari tak berilmu kepada orang yang berilmu,mencari ilmu,terutama ilmu agama.

Ustaz menceritakan kisah Syeikh Idris al - Marbawi , kisah tentang kesungguhan mencari ilmu, bagaimana beliau pergi ke Kelantan dari Perak, dengan berjalan kaki melalui jalan gajah, untuk menuntut ilmu di Pondok Tok Kenali.

Kedua,kisah rendah dirinya beliau,semasa diminta berucap setelah dianugerahkan Tokoh Ma’al Hijrah, beliau dengan terus terang menyatakan yang beliau tidak layak berucap di situ kerana merasakan dirinya masih kekurangan ilmu. Walaupun beliau telah menuntut ilmu di Mekah, dan timur tengah hampir 60 tahun.

Moral of the story ;

1: Dengan segala kemudahan pada hari ini, gunakanlah untuk menuntut ilmu, terutama ilmu agama, jika diperhatikan, majoriti tokoh - tokoh ulama, bermula dengan menghafaz Al- Quran kemudian belajar ilmu Nahu dan Soraf seterusnya belajar ilmu - ilmu yang lain.

2 : Bersikap rendah diri walaupun anda berilmu. 

3 : Bacalah kisah ulama - ulama terdahulu.






Wednesday, October 9, 2013

An Idiot Abroad : Iktibar dari Si Bodoh

Salah satu tv show kegemaran ambo, ialah An Idiot Abroad, host dalam show ni akan pergi ke tempat- tempat yang menarik dan buat aktiviti yang di luar kebiasaan.

Dalam satu episod review, hostnya rasa hendak cipta sesuatu, bila ditanya, kenapa?

Dia menjawab, " Kita akan tinggal lebih lama dalam kubur dari hidup di atas dunia ni, jadi saya nak tinggalkan sesuatu yang bermanfaat"

Untuk pertama kali ambo berasa kagum dengan host rancangan bodoh ini....

Moral of the Story:

Umat Islam telah ada panduan Al - Quran dan Hadis, untuk buat bekalan di dalam kubur, dan tinggalkan sesuatu yang bermanfaat.

Surah AlHasyr. Ayat 018.
Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya) dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang dia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat) dan (sekali lagi diingatkan): Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati, terputuslah  amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." 
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim )


Monday, September 30, 2013

Cerita Blog


Bila duduk berjauhan dari negeri Kelate, blog ni akan ada post baru,

Blog ni ambo buat masa belajar di Kuantan, tahun 2006 hingga 2009.

Waktu belajar,memang suka ' blog walking', masa tu tak buat fb lagi.

Habis belajar,hujung tahun 2009 balik ke Kelate, post2 kebanyakkan berkaitan kuliah Jumaat.

Tahun 2010, bekerja di Selangor, banyak juga post, tentang hidup sebagai bujang, selepas nikah.

Hujung 2011 balik Kelate pula, dah ada anak...blog pon sunyi.

2012, update jarang2.

2013, berkelana ke Perak pula, mungkin akan ada kemajuan nak ber' blog' semula.

Monday, February 25, 2013

Cuci Blog...

Laptop rosak + malas = blog jadi kosong.

# tu alasan...jadi..kena cari penyelesaian...

......................................................................
Ok, dah rajin...

Nak tulis tentang sunnah dan ilmu...ringkas sahaja.

Sunnah itu apa yang yang Nabi Muhammad S.A.W buat dan galakkan kita buat...

Rugi lah kalau kita selalu buat benda tu,tapi tak belajar tentangnya melalui hadis-hadis dari Nabi.

Jadi...belajarlah ilmu hadis dan hadirlah ke kuliah- kuliah untuk mendengar sunnah- sunnah yang Nabi kita buat seharian..bermula dari bangun tidur hinggalah tidur kembali.

Ini salah satu contoh  yang kita lakukan selalu,tapi mungkin tidak pernah berniatkan mengamalkan sunnah.

Sunnah mendahulukan anggota yang kanan

عَنْ عَائِشَةَ رضي الله عنها قَالَتْ : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يُعْجِبُهُ التَّيَمُّنُ فِي تَنَعُّلِهِ , وَتَرَجُّلِهِ , وَطُهُورِهِ , وَفِي شَأْنِهِ كُلِّهِ .
Terjemah
Dari Aisyah ra, ia berkata; Rasulullah saw dahulu dikagumkan oleh mendahulukan bahagian yang kanan dalam memakai sandal, bersisir, bersuci dan dalam semua hal.

# dalam keadaan seperti hendak masuk tandas,dan mencuci kemaluan. digunakan anggota yang kiri.