بسم الله الرحمن الرحيم

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Friday, October 30, 2009

Aku,Vespa dan ...


Bab 1 : Merepek

Aku ada vespa,vespa sekarang bernama Mary Jane (MJ), vespa lama ataupun jandaku bernama Cik Esah (CE)..tapi ada cik polis tu panggil vespa baru aku Mak Janda.(MJ)

Hampir 3 bulan aku bersama vespa baru..dan vespa lama aku pada saat ini nampaknya semakin lalai...kenapa? kerana aku lihat gambar terbarunya..ditunggani(betul ke perkataan ni) oleh seorang gadis...padahal pemiliknya lelaki.

Vespa baru aku,aku pelihara macam anak dara,parking dalam rumah,agar tidak dipandang oleh mata-mata liar..dan masih lagi dalam pantang (running in) baru lepas potong blok.

Setiap petang aku bawa Mary Jane bersiar-siar..untuk proses running in, kena bawa pelahan-lahan je,tak boleh lebih had laju yang ditetapkan..kalau tak piston akan rosak,dan membawa kerugian yang besar.
Walaupun kalau nak diikutkan nafsu,mau je aku pecut vespa tu rapat minyak ( full throttle)
Tapi akibatnya aku rugi dan menyesal kerana Mary Jane akan dioverhaul.
Akibat dari nak merasa hebatnya kuasa pecutan yang hanya sekejap tapi berakhir dengan remuknya hati melihat vespa tersadai..Tak sanggup.
Maka jadilah aku pemandu yang berhemah.Demi Mary Jane tersayang.

Bab 2 : Tazkirah

Pada satu petang aku terfikir,hidup kita ini pun macam vespa yang baru lepas potong blok,kalau kita hidup tanpa ada had maka buruk natijahya,dan akan membawa penyesalan yang tak habis-habis.

Memang hidup kita seronok,bebas,enjoy kalau tiada had..tak solat,tak puasa,berzina,minum arak,hisap dadah,mencuri,clubbing,pergi gig,konsert,bergaul bebas...dll

Tapi adakah hidup kita akan berakhir dengan begitu saja,tanpa ada sakaratul maut? tanpa ada soalan dari malaikat Mungkar dan Nakir? tanpa ada azab kubur? tanpa dihimpunkan di Mahsyar? tanpa perlu ditimbang amalan? tanpa perlu meniti titian sirot? tanpa ada neraka atau syurga?

Jawapannya tidak,wahai sahabat-sahabatku,saudara-saudaraku..semuanya akan kita hadapi..

Hiduplah mengikut had-had yang telah Allah tetapkan..dan disampaikan oleh nabi kita.Muhammad s.a.w..Agar kita tidak menyesal di akhirat nanti..HARI KIAMAT itu PASTI berlaku.

Renungkan firman Allah di dalam Surah As-Sajdah ini..

"Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin". Ayat 12.

Panjatkanlah doa kepadaNYA agar kita sentiasa didalam bimbinganNYA,dimudahkan untuk kita taat padaNYA,melakukan segala suruhanNYA,dan meninggalkan segala laranganNYA.

Tuesday, October 20, 2009

My Paradigma

Selalu aku buka blog-blog..pasti ada entri berkaitan memboikot barangan ataupun jenama yang ada hubung kait dengan Yahudi la`natullah..

Paling memuncak ketika Israel menyerang Gaza...seluruh pelusuk dunia mengutuk dan meghentam...dan kempen memboikot bermula..

Ada yang berdemontrasi,membakar bendera,mengedarkan risalah-risalah barang-barang dan jenama yang perlu diboikot..usaha yang patut dipuji.

Dan yang menjadi persoalan, setelah melayari beberapa blog,melihat gambar-gambar, aku dapati ada diantara individu yang memperjuangkan islam dan nasib umat islam sendiri yang melanggar kempen boikot ini, terutama boikot kepada jenama makanan segera seperti Mekdi dan Kay Ef Ci (rujuk jenama asal) .

Aku pernah terbaca satu artikel dalam Serambi ( sisipan akhbar percuma yang diedarkan di Kelantan ) tulisan Ustazah Nuridah yang mempersoalkan,adakah kempen boikot ini berterusan atau bermusim sahaja?

Tepuk dada tanya iman kita, kita sebagai orang islam,sejauh mana keprihatinan kita terhadap ummah?

Umum mengetahui jenama-jenama yang perlu diboikot,tetapi mengapa masih terus makan disitu?

Banggakah dapat makan makanan barat? Sehinggakan lupa pada saudaramu yang melarat?

Logik pada fikiran kita, wang yang kita belanjakan untuk membeli barangan jenama yang ada kaitan dengan Yahudi,menguntungkan perniagaan mereka,sekaligus mereka memberikan sumbangan untuk operasi ketenteraan menyerang negara islam,dana untuk membuat filem-filem yang menghina islam,membiayai pertubuhan-pertubuhan yang menghina islam dan bermacam-macam lagi contoh penghinaan.

Dan usaha musuh Islam ini berterusan, maka adakah kita juga mahu berterusan menyokong usaha mereka atau berterusan memboikot?

Cubalah....ketika kita ada niat untuk makan,menggunakan,membeli jenama-jenama yang disuruh boikot...Kita ingat dan bayangkan bagaimana anak-anak kecil di Palestin dibunuh kejam,muslimat-muslimat dinodai,pemuda-pemuda Palestin dibunuh,ditembak,dibom.

Semoga kita dapat mengelak dari menyumbang untuk menghancurkan Islam.

Sabda Rasulullah s.a.w " Janganlah kamu makan, melainkan dari sumber orang yang bertaqwa "

BE AN IDEAL MUSLIM..

p/s: komen dan perkongsian pendapat amat dialu-alukan.

Saturday, October 17, 2009

Pergi Tak Kembali

Hari Ahad malam Isnin lepas Aku menerima mesej dari seorang saing itu,memaklumkan kepadaku yang ayahnya telah kembali ke rahmatullah.

Terkesima sebentar,macam tidak percaya, segera terbayang keramahan arwah ketika aku dan saing-saing yang lain bertandang ke rumahnya,kami dilayan macam anak-anaknya sendiri..diceritakan kisah-kisah teladan untuk kami..disediakan makanan,memang menjadi kelaziman orang-orang tua dahulu,apabila ada tetamu,mereka akan mempelawa untuk makan dirumahnya..betapa gembiranya mereka menerima kunjungan tetamu..bertepatan dengan sunnah Rasulullah. Walaupun makanan sekadar yang termampu.

Selesai bermonolog, aku diamanahkan untuk memberitahu kepada kawan-kawan yag lain, dan aku bersiap-siap untuk bertolak balik ke Kelantan,dan terasa terpanggil untuk menyuruh saing-saing rapat yang ukhwah ini terjalin sejak tingkatan 2..untuk sama-sama pulang ke Kelantan..untuk sama-sama hadir kerumah saing tersebut..sebagai suntikan moral..mengurangkan kesedihan..
Alhamdulillah,saing-saing ada kelapangan dan saing yang belajar di Mesir pun kebetulan berada di Kelantan.

Dalam perjalanan pulang sibuk melayan mesej saing-saing yang bertanya dan saing rapat dari Shah Alam yang juga bertolak dari sana jam 2 pg.Dan saing-saing yang berada di Kelantan,merancang untuk pergi bersama ke rumah arwah.Mereka mendoakan saing-saing selamat dalam perjalanan .Terasa nikmat ukhwah,persahabatan yang terjalin selama 9 tahun.

Keesokan pagi,kami berkumpul dan bertolak ke rumah arwah,dan sampai 30 minit kemudian.

Kami disambut oleh saing itu,menunggu jenazah siap dimandikan dan dikafankan..suasana suram menyelubungi..terbayangkan setiap rumah PASTI akan mengalami keadaan sedemikian.Samaada kaya,miskin,besar,kecil,mewah atau fakir.


Jenazah disolatkan dan ketika diusung untuk keluar dari rumah,terdetik dihati,ketika lahir kita disambut dengan laungan azan dan diakhir hayat kita,kita disolatkankan..sungguh..hidup ini terlalu sekejap..seumpama jarak azan dan solat.

Ketika jenazah diusung ke kubur saing yang tinggal di Shah Alam berpeluang mengusung jenazah,dan saing itu yang turun untuk meletakkan jenazah ayahnya ke dalam liang lahad.

Alhamdulillah semua urusan selesai sebelum zohor. Semoga Allah mencucuri RahmatNYA keatas roh arwah.

MOral Of The Story

  • Jadikan amalan menziarahi orang sakit,orang mati, mengiringi jenazah ke kubur dan melihat jenazah dikebumikan sebagai satu amalan untuk mendidik hati kita mengingati mati.
  • Cuba renungkan apakah kita sudah bersedia dan mempersiapkan diri kita dengan ilmu untuk memandikan jenazah,mengkafankan,mensolatkan,terutama jenazah ibu-bapa kita?
  • Buatlah baik kepada ibu-bapa semasa mereka masih hidup,dan lazimkan diri kita dengan amalan soleh,agar dapat menjadikan ibu-bapa kita selamat dan bahagia di alam kubur selepas mereka meninggal dunia.

Sunday, October 11, 2009

Tolong....


Allah berfirman

"Dan bertolong-tolonglah kamu atas kebaikan dan ketakwaan dan janganlah kamu bertolong-tolong atas dosa dan permusuhan.” (Al-Maidah :2 )

Bila bilal melaungkan azan..TOLONG... bersegera ke masjid /surau untuk solat berjemaah.

Bila ada orang membacakan ayat-ayat Al-Quran atau hadis...TOLONG...duduk bersimpuh sebentar,untuk mendengar.

Bila ada ustaz-ustaz mengadakan kuliah-kuliah agama...TOLONG...hadirkan diri anda.

Bila ada saudara seISLAM yang memerlukan.. TOLONG...bantu semaksima yang mampu.

Bila anda ditegur...TOLONG...lapangkan dada..buka minda..berfikir.

LETS BE AN IDEAL MUSLIM...

Friday, October 9, 2009

Jom Menadah Kitab

Daripada Abu Darda’, bawasanya beliau mendengar Rasulullah bersabda

Sesiapa yang berjalan semata-mata kerana ingin menuntut ilmu, Allah akan permudahkan jalannya ke syurga dan Sesungguhnya para malaikat menguncupkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu kerana meredhai apa yang dibuatnya, dan sesungguhnya seseorang yang mengajarkan kebaikan akan dimohon ampun oleh makhluk yang ada di langit mahupun di bumi hingga ikan yang berada didalam air.


Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar (wang) tidak juga dirham, yang mereka wariskan hanyalah ilmu, dan barangsiapa yang menuntut ilmu itu. maka sesungguhnya dia telah mendapat bahgian yang paling banyak”

(hadis sahih, diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, Attarmizi, Ibnu Majjah dan Ibnu Hibban)

SENARAI JADUAL KULIAH-KULIAH :

Bagi kawan-kawan di sekitar Kuantan ,

  1. Tempat: Pondok An-Nur , Kuala Penor,Kuantan.

Masa :

Malam Jumaat (Kitab Mutlain Badrain dan Kitab SiirasuSalikin)

Malam Ahad ( Kitab Muhimmah dan Hikam Ibnu Atho)

2.Tempat : Masjid Al-Fattah,Kuantan..Kuliah Dhuha Ust Mokhtar Senik (Tafsir dan Kitab Bahrul Mazi)

Masa : 9:00 pg Setiap Ahad

Bagi yang berada berada disekitar Sepang,Selangor dan Nilai N.Sembilan.

1. Setiap malam Rabu ( kecuali hujung bulan) : Kuliah Tafsir oleh Ustaz Abdurrahman

Tempat : Masjid Sultan Hisamuddin - Bandar Baru Salak Tinggi Sepang.

2. Tempat ; Surau Taman Seroja.BBST,Sepang.

Kuliah diadakan setiap malam(tertakluk kepada jadual kuliah surau)


3. Pondok Al-Jenderami,Dengkil,Selangor.

Kitab Mutlain Badrain…( Setiap pagi Ahad dan Sabtu)


Tunjangi Perjuangan Dengan ILMU.

Sunday, October 4, 2009

Coretan Kanvas `Idul Fitri...







to be continue....more pic...hehehe