Setiap tahun,seluruh negara akan bercakap dan memberi perhatian kepada keputusan SPM setiap kali selepas ianya diumumkan.
Kepada yang berjaya mendapat banyak ‘A’,pelbagai pihak mengucapkan tahniah , ditemubual untuk ditanyakan petua – petua dan tips –tips belajar, diberikan tawaran melanjutkan pengajian samaada didalam atau diluar negara .
Segalanya indah bagi mereka , seumpama telah berjaya untuk selamanya.
Jika ada yang berjaya sudah pasti ada juga yang kurang berjaya…
Bagi mereka yang berjaya apa yang ditunggu – tunggu , ialah melangkahkan kaki ke menara gading , dan semua pihak bersatu memberikan bantuan samaada keewangan , motivasi , dan sebagainya.
Ironinya disini , kita perhatikan berapa banyakkah pihak yang membantu golongan yang kurang berjaya tadi ?
Andai kata mereka ingin teruskan pelajaran disekolah , terus tinggal dikampung halaman , apakah yang dapat disumbangkan pada mereka dan apa yang mereka dapat sumbangkan pada masyarakat disekitar kampung halaman ? Terutama pada para pelajar sekolah agama . dengan ilmu yang ada di dada selama 5 tahun menuntut ilmu , banyak yang dapat disampaikan kepada masyarakat dikampung – kampung .
Dan cara untuk menyampaikan ilmu –ilmu ini , tidak dapat lari dari memerlukan tempat sebagai medium sebagai penghubung antara pelajar dengan masyarakat . Maka surau dan masjidlah tempat yang paling sesuai .
Disinilah perlunya kerjasama antara pihak sekolah , dan organisasi surau dan masjid , dalam meyediakan tugas kepada para pelajar berkhidmat kepada masyarakat . Seperti :
- Menjadi imam dan bilal . Dengan cara ini setiap surau terutamanya dikampung - kampung dapat diimarahkan , terutamanya solat fardhu berjemaah 5 kali sehari dapat didirikan .
- Diberi peluang menyampaikan kuliah atau tazkirah , sebagai latihan dan membiasakan diri .
- Mengetuai majlis yang biasa diadakan , seperti tahlil , sambutan maulid rasul , berzanji , tahnik , dan sebagainya .
Pihak sekolah dan juga surau juga boleh mendapatkan kerjasama daripada ustaz – ustaz daripada pusat pendidikan islam seperti pondok – pondok , untuk bertindak sebagai mentor kepada para pelajar , membimbing dan mengajar mereka .
Dengan adanya pengisian seperti ini , para pelajar lebih berilmu kerana , mereka dapat mengamalkan dan menyampaikan terus apa yang mereka pelajari dan menjadikan mereka aset yang penting kepada masyarakat islam .
No comments:
Post a Comment