Pada 8hb 9 2009 , kuliah Hikam dipondok An-Nur dibatalkan, semuanya kerana memberikan laluan kepada para ustaz dari Pondok Pasir Tumboh yang mengadakan lawatan kesini, memberikan ucapan , tazkirah , dan juga motivasi kepada para pelajar An-Nur dan juga peserta – peserta kelas Hikam .
Selepas solat maghrib , kuliah disampaikan oleh Ust Nik Zulkifli , didalam kuliah beliau beberapa perkara diterangkan seperti berikut :
1. Penerangan tentang program lawatan yang merupakan program tahunan , sebelum ini mereka telah mengadakan lawatan ke beberapa tempat seperti Pulau Perhentian ,dan Cameron Highland , yang mana tujuan lawatan adalah untuk mendedahkan suasana realiti masyarakat kepada para pelajar pondok , disamping memperkenalkan pondok kepada masyarakat luar .
2. Beliau mengingatkan para pelajar agama terutamanya pelajar pondok sentiasa muhasabah diri , iaitu sentiasa periksa kemampuan sebagai pelajar agama , sebagai contoh kemampuan untuk memberi ceramah , kuliah ,tazkirah dengan baik , dan menjadi pemidato yang baik . Untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat .
3. Menasihatkan para pelajar sentiasa bersemangat menuntut ilmu , kerana banyak cabaran yang memang wujud bagi pelajar agama seperti omokan mengatakan belajar agama tidak mempunyai masa depan , susah mendapat kerja dan sebagainya .
4. Bersedia dan rela untuk menyebarkan ilmu kepada masyarakat selepas keuar dari pondok , terutama kepada masyarakat di kawasan pedalaman .
Semoga sedikit coretan tentang kuliah yang beliau sampaikan ini , dapat kita jadikan panduan dan amalkan , walaupun kita bukan pelajar pondok . Tetapi kita juga mempunyai tanggungjawab menyampaikan dakwah ….
Moral of the story ;
1. Kita cuba lahirkan dalam keluarga kita seorang yang mesti mendapat pendidikan dipondok.
2. Kita memberikan maklumat tentang pusat pengajian pondok kepada masyarakat
3. agar ramai akan menghantar anak-anak ke pondok.
4. Kita juga perlu mempersiapkan diri kita dengan ilmu-ilmu , dan kemahiran sebagai pendakwah.
5. Mengadakan perkongsian maklumat dua hala antara pusat pengajian moden dengan pengajian pondok .
No comments:
Post a Comment