Perniagaan yang bersistemkan MLM menjadi trend, syarikat-syarikat atau jenama-jenama baru , tumbuh terlalu banyak dan cepat.
Kebanyakkan ahli-ahlinya adalah orang-orang melayu Islam….
Tentang apa hukumnya itu,aku tidak mahu komen kerana aku bukan ahlinya.
Apa yang terdetik dihati,selepas mendengar beberapa cerita tentang pengalaman-pengalaman dari beberapa orang jemaah surau yang berbincang hal itu selepas solat terawih beberapa hari yang lalu ialah…
Beratnya dugaan dan ujian yang akan ditempuhi sebagai seorang suami dan bapa, kerana untuk memenuhi kehendak keluarga,terpaksalah mencari sumber pendapatan kedua…itu salah satu punca MLM menjadi pilihan.
Begitu ramai yang percaya dan yakin malahan sanggup melabur ratusan ribu ringgit, untuk mendapat pulangan berlipat kali ganda,dalam satu-satu perniagaan MLM yang disertainya tanpa memikirkan halal dan haram.
Mengapa orang Islam lebih mempercayai janji-janji manusia daripada janji-janji Allah,yang menjanjikan perniagaan yang PASTI akan untung,untung dengan pahala.
Seperti sedekah pada jalan Allah,menderma untuk pembinaan masjid,sekolah-sekolah tahfiz,pondok-pondok ,memberi makan anak yatim dan pelbagai lagi sumber untuk kita mencari PAHALA sebagai bekalan di AKHIRAT nanti.
Moral of the story….
Persiapkan diri masing-masing dengan iman dan akidah yang betul dan teguh,dan ilmu-ilmu ,untuk menempuhi hidup sebagai suami dan bapa supaya dapat mewujudkan keluarga yang bersyukur,cukup dengan apa yang ada,redha dengan apa yang tiada.
Tuntutlah ilmu-ilmu agama dan amalkannya supaya dapat menjadi pengawal kita dan mejadikan kita hidup sebagai seorang mu`min.
Kongsilah dan sampaikan ilmu agama yang kita ada kepada masyarakat dengan cara yang berhemah,agar mereka kembali hidup bertuhankan ALLAH dan menyakininya.
“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).” Surah `Ali-Imran ayat 14.
No comments:
Post a Comment