بسم الله الرحمن الرحيم

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Sunday, April 11, 2010

Berfikir Sejenak

Sering kali kita mendengar..firman-firman Allah dan juga hadis-hadis tentang ganjaran pahala yang akan diberikan sekiranya kita melakukan sesuatu amal kebajikan..ganjarannya sangatlah banyak dan amatlah besar,contohnya pahala itu diibaratkan dengan sebuah gunung...

Apa saja yang yang difirmankan oleh Allah atau yang disabdakan oleh Rasulullah adalah WAJIB kita yakin dengannya.

Mengapa pahala itu sering diibaratkan dengan sesuatu yang banyak dan besar?

Kerana ianya memang besar dan banyak dan juga kerana kita berkehendakkan pahala yang banyak kerana... di Akhirat nanti , pahalalah yang akan menjadi bekalan kita..

Oleh kerana Akhirat itu berkekalan..maka sudah tentulah kita perlukan bekalan yang terlalu banyak..untuk kita terselamat dari azab api neraka..disamping mendapat nikmat yang paling besar iaitu keredhaan Allah.

Tiada dayaku untuk meninggalkan maksiat..dan tiada upayaku untuk berbuat taat..melainkan dengan izinMU Ya Allah.

No comments:

Post a Comment