بسم الله الرحمن الرحيم
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
Sunday, June 13, 2010
Nasihat Tok Guru...
Tadi sempat tengok ucapan penanguhan muktamar Tok Guru Nik Aziz melalui live streming di myKelantanTv , bila tok guru berucap semua akan beri perhatian..benda yang tok guru sebut,mudah difahami dan bersesuaian untuk di aplikasikan dalam kehidupan kita seharian.
Tok Guru juga selalu beri contoh dengan apa yang beliau telah buat..
Di sini kita berkongsi sedikit dari pesanan-pesanan Tok Guru..yang dapat dikutip melalui kuliah-kuliah beliau.
1:
Kita selalu tengok,Tok Guru letih,kerana pelbagai tugas yang beliau lakukan, tok guru sebut letih ni..masa kita sihat pon kita letih,masa sakit pon kita letih juga..kalau nak ikutkan rasa letih ni..semua kerja kita tak nak buat..
Jadi tok guru pesan...kita fikir,Allah bagi kita udara untuk bernafas,bagi sendi-sendi kita boleh bergerak..semua cukuup..untuk apa Allah bagi semua itu..kalau kita tidak guna untuk tegakkan agama Allah..
2:
Tok Guru pesan..apa pun kerja kita..kita kena ikut cara Nabi Muhammad...kena fikir halal haram...contoh mudah..jika kita pekerja,harta syarikat kita tidak boleh guna sesuka hati kita..jika kita majikan,gaji pekerja kena bayar tepat pada masanya,cukup jumlahnya.
3:
Tok Guru sebagai pejuang Islam...berjuang untuk nak tegakkan Hukum Islam di Malaysia, selalu berdepan dengan tomahan,fitnah,...untuk menghadapi semua itu...caranya adalah doa,dan solat..mengadu pada Allah.
Antara surah-surah yang Tok Guru selalu baca ialah..Ad-Dhuha dan Al-Syarh..
4:
Semasa ucapan penangguhan muktamar PAS ke 56 tadi,tok guru sempat menegur,para perwakilan agar tidak memberikan gelaran-gelaran yang tidak elok kepada pihak parti lawan.
Ini juga peringatan kepada kita semua,kalau kita sayangkan tok guru dan tidak mahu musuh menggelarkan tok guru dengan gelaran-gelaran yang tidak elok..kita juga tidak sepatutnya menggelarkan mereka dengan gelaran yang boleh menyakitkan hati mereka.
Pesan-pesan tok guru ni semua kita boleh amal..untuk jadi panduan kepada kita berdepan dengan masyarakat untuk berdakwah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment