بسم الله الرحمن الرحيم

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Friday, October 15, 2010

Jangan Bertangguh......


Firman Allah s.w.t :Terjemahan Surah Al-Infithor

[1]
Apabila langit terbelah;
[2]
Dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan;
[3]
Dan apabila lautan pecah bercampur-baur;
[4]
Dan apabila kubur-kubur dibongkarkan, -
[5]
(Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya.

Berkongsi sedikit peringatan dari kuliah Maghrib oleh Ustaz Tengku , seorang pensyarah MIAT.

Dalam ayat kelima Surah Al-Infithor..setelah dunia kiamat semua manusia iaitu kita semua...ambo,demo,puok tu,puok kito,..semua sekali akan dibentangkan suratan amalan semasa hidup didunia...itu adalah PASTI akan terjadi..

Apa yang paling ustaz tekankan...dalam ayat ke5 itu..ialah JANGAN kita tangguh buat amalan baik dan bertaubat....takut-takut..disebabkab kita tangguh..kita tidak akan berpeluang melakukannya diwaktu yang lain..kerana sudah kiamat.

Kalau rasa nak solat berjemaah...bermula subuh esok..

Kalau rasa nak baca Al-Quran...baca sekarang..

Kalau rasa nak bersedekah..segerakanlah...

Kalau rasa nak belajar...pergi kuliah-kuliah dimasjid dan surau

Kalau rasa nak nikah.....nikah...:->

Kalau ada rasa buat salah dengan manusia...mintak maaf..

Kalau buat dosa dengan Allah..solat taubat dua rakaat...

Nak buat ape pun yang baik jangan tangguh...Insyaallah.

No comments:

Post a Comment