بسم الله الرحمن الرحيم
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
Sunday, February 21, 2010
Hari Jumaat Kelantan Dan Di Luar Kelantan
Selepas 2 bulan melalui hari-hari Jumaat di Kelantan,Jumaat lepas aku mengharungi Jumaat di Selangor,yang mana hari bekerja pada hari Jumaat..
Biasanya kalau di Kelantan selepas solat subuh, ada majlis tahnik, kemudian bersiap ke KB untuk Kuliah Jumaat...dapat tengok wajah Tok Guru..kalau sempat dapat berjabat tangan, dan 'tangkap' sekeping dua gambar Tok Guru,dapat bersedekah kepada perjuangan Islam,dapat berjabat tangan dengan saudara-saudara seIslam,semua itu ada fadhilat dan kelebihannya. Selepas kuliah,lepak kat kedai makan nasi kerabu,selesai makan,balik rumah,bersiap untuk solat Jumaat,selepas solat Jumaat biasanya ada majlis kenduri.
Jumaat lepas rutin hari itu berubah,tiada kuliah dhuha,yang ada kuliah sebelum solat Jumaat dimasjid, pergi masjid dalam keadaan kurang selesa kerana tidak sempat mandi sunat Jumaat..selepas solat Jumaat,sambung tugas.
Moral of the story...
Hari Jumaat sepatutnya dimaksimum dengan segala amalan-amalan kebajikan.
Ruang dan peluang untuk berbuat amalam-amalan sunat pada hari Jumaat patut dipermudahkan dan diperbanyakkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment