بسم الله الرحمن الرحيم

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Thursday, February 11, 2010

Tok Guru@Kuliah Jumaat 1



Artikel ini sebenarnya hendak di'post' pada minggu lepas,tapi ada beberapa masalah teknikal...

Artikel ini sebagai satu sisipan untuk kita hayati tentang Tok Guru,disebalik fitnah,tomahan,sindirin kepada beliau..diharap dengan membaca dan berkongsi artikel ini,dapat mengembalikan senyuman kita..dan menangkis segala fitnah kepada Tok Guru.

Kuliah Jumaat 05.02.2010
Hari ini Tok Guru ‘dressing’ seperti biasa , berjubah putih,berserban putih dan memakai vest warna hitam. Simple tapi ‘smart’.

Kuliah dimulakan dengan doa-doa, selepas itu Tok Guru membaca surah Muhammad, disahut oleh para hadirin ikut sama membaca…satu method yang cukup berkesan untuk menarik perhatian audiens.Dan yang paling penting semua, yang hadir mendapat pahala bagi setiap huruf yang disebut.

Tok Guru meneruskan kuliah dengan membuat kesimpulan tentang surah Al-Fath, yang habis dibaca beberapa minggu lepas.

Kemudian beliau membaca sebuah kitab yang berkenaan dengan nama Nabi Muhammad s.a.w. antara isi-isinya ialah :

• Nama Nabi Muhammad wajib disebut dalam lafaz dua kalimah syahadah.
-menunjukkan bahawa setiap orang islam wajib mengakui kenabian Baginda dan menjalankan aktiviti hidup seharian berlandaskan sunnah Baginda.

• Allah menjelaskan didalam Al-Quran, bahawa Dia dan para malaikatNYA berselawat keatas Baginda. Ini adalah salah satu cara tarbiyyah,supaya manusia banyak berselawat.

• Nabi Muhammad s.a.w. ialah nabi yang terakhir ataupun paling ‘latest’. Tok Guru membuat bandingan logik, jika kita hendak membeli kereta, kita akan pilih keluaran yang paling ‘latest’ dari segi teknologinya, jadi begitu juga dengan Nabi, kita perlu menerima pakai segala syariat dari Nabi Muhammad.

Diakhir kuliah Tok Guru menjelaskan maksud ayat ke 2 dari surah ALAM NASYRAH yang menjadi amalan beliau membaca surah ini didalam rakaat pertama setiap kali beliau solat sunat. Antara pengajaran dari ayat tersebut ialah :

• Merasa lapang apabila membaca ayat tersebut kerana segala bebanan, tekanan, tomahan, fitnah, spekulasi yang dihadapi beliau adalah kerana hendak menegakkan, meninggikan, mendaulatkan agama Allah. Segala bebanan itu dihilangkan oleh Allah.

Kuliah hari ini juga diselangi dengan senyuman yang terukir manis diraut wajah Tok Guru . 

No comments:

Post a Comment