بسم الله الرحمن الرحيم

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Saturday, August 7, 2010

Re Post...Mengapa Pemimpin Wajib Dipilih ? Mengapa Mengundi Wajib ?


Temubual dengan Prof Madya Dr. Atiqullah Abdullah , Pensyarah Rancangan Pengajian Islam USM Pulau Pinang . ( Utusan Malaysia 3 0g0s 2010 )

Soalan :

Dalam hidup bernegara yang berasaskan demokrasi, apakah kepentingan undi orang Islam dalam agama terutama jika undi kita adalah penentu kemenangan seseorang calon itu.

Jawapan :

1. Mafhum ayat ke 30 dalam surah Al-Baqarah ialah dalam kehidupan manusia di dunia,perlu ada pemimpin yang mengetuai urusan kehidupan kita.

2. Mafhum dari hadis ini “ apabila terdapat tiga orang dalam satu safar (bermusafir) maka hendaklah mereka melantik salah seorang sebagai ketua . Ialah , jika dalam kumpulan tiga orang pun perlukan pemimpin , apatah lagi dalam sebuah negara yang mempunyai jutaan penduduk .

3. Syariat Islam perlukan satu sistem kepimpinan untuk melaksanakannya.

4. Oleh kerana dalam sistem demokrasi yang diamalkan dinegara kita ini , proses pemilihan pemimpin dilakukan melalui pilihan raya , maka penglibatan umat Islam dalam pilihan raya sebagai pengundi juga satu kewajipan.

5. Jika dengan sebab kita tidak mengundi dan akhirnya tampuk kepimpinan negara jatuh kepada golongan yang kita tahu tidak baik dan merugikan Islam , maka kita bertanggungjawab diatas kemungkaran yang dilakukannya.

6. Dalam kontesk negara kita sekarang , jika kerajaan yang sedia ada difikirkan telah cukup baik menjalankan kewajipan , maka menjadi kewajipan kita mengekalkannya.

7. Tetapi , jika berpendapat kerajaan sedia ada tidak cukup baik, malah melakukan banyak kemungkaran dan ada pihak lain yang boleh melakukan lebih baik dan menghapuskan kemungkaran tersebut , maka menjadi kewajipan kita memastikan pihak lain itu dapat membentuk kerajaan dan kepimpinan negara melalui undi kita .





Soalan : Ada yang memberi alasan bahawa demokrasi itu tidak mengikut Islam . Lalu mereka tidak mahu terlibat didalamnya , Adakah wajar tindakan sedemikian .

Jawapan :

Sikap tidak mahu mengundi yang boleh menyebabkan negara dan rakyat mendapat pemimpin yang zalim adalah lebih mendatangkan bencana dan mudarat kepada Islam berbanding mengundi mengikut sistem demokrasi yang terdapat dalamnya beberapa aspek yang salah. Ini perlukan kefahaman fiqh al- awlawiyat dan fiqh al- muwazanat yang betul dan baik.

MORAL OF THE STORY..DAFTARLAH SEBAGAI PENGUNDI SEGERA..

No comments:

Post a Comment