بسم الله الرحمن الرحيم

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Thursday, March 29, 2012

Mudah Di Amalkan..

.




Kebiasaannya.bila orang lain berbuat kebaikan untuk kita atau menolong kita..kita akan ucapkan TERIMA KASIH, ataupun TQ jika ber'sms',ber'emel' dan `chat`...

Tidak salah untuk menyebut atau menulis sedemikian...tapi..lebih baik jika kita boleh lazimkan mengucapkan atau menulis 'JAZAAKALLAHU KHAIRAA'..

Kerana ucapan jazaakallahu khairaa ini menunjukkan  kebergantungan kita kepada Allah..kerana kita..memohon Allah membalas kebaikan kepada mereka yang telah menolong kita.

Kalau merasa janggal untuk mengamalkannya, pada permulaan ini..amalkanlah ucapan ini dengan orang yang rapat dengan kita terlebih dahulu...seperti Isteri...kawan-kawan rapat,geng usrah.....Insyaallah bila sudah biasa..kita akan yakin untuk ucapkannya kepada sesiapa pun...dan dapat mengamalkannya seumur hidup.


Dan juga amalkan menaip 'Jazaakallahu Khairaa' jika seseorang menolong kita  ketika ber'sms',emel dan 'chat'.

p/s : Doa ini boleh dilihat dalam Kitab Perisai Muslim..
       Untuk perempuan "Jazaakillahu Khairaa" , untuk ramai " Jazaakumullahu Khairaa

Sunday, March 25, 2012

Wirid selepas Solat..



Wirid selepas solat adalah sunnah yang sangat penting, tetapi kita selalu abaikan..terutama selepas Solat Zohor,Asar dan Isya`.....kebanyakan Imam tidak akan bertasbih ( Subhanallah)33 kali. , bertahmid ( Alhamdulillah)33 kali. dan bertakbir ( Allahuakbar )  33 kali..kemudian dicukupkan seratus  dengan
لا إله إلا الله (وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير)  

Kita pun kadang-kadang malas menyebutnya..walaupun kita tahu akan kelebihannya..Insyaallah dengan petikan hadis diatas..kita dapat jadikannya `booster` untuk mengamalkan wirid tersebut.

Jadi..lazimkanlah berwirid sekiranya kita berpeluang menjadi Imam..di surau-surau , selepas solat berjemaah dengan rakan-rakan , solat ditempat kerja,solat ketika bermusafir..ataupun solat bersama isteri dan anak-anak.

Dan juga kepada kaum wanita..selepas solat bersendirian atau berjemaah dengan kawan-kawan.
Anda boleh berwirid dengan wirid diatas.

Insyaallah kita diberi kekuatan oleh Allah untuk mengamalkannya..

Manisnya bercinta selepas dinikahkan..
Manisnya ilmu selepas diamalkan....;)

p/s: Gambar dari Kitab Anak Kunci Syurga...




Wednesday, March 21, 2012

Ada Apa Dengan Guchil...

Guchil..salah satu Mukim dalam daerah Batu Mengkebang di Jajahan Kuala Krai...

Tapak asal Pondok Sungai Durian juga di Guchil.


Ambo bukan asal dari Guchil...tapi pernah membesar di Guchil..

Pernah belajar Pasti di Guchil..

Selepas 25 tahun ambo kembali untuk membesarkan anak di Guchil..

Zaujah ambo pun bukan asal dari Guchil..tapi pernah menetap di Guchil selama 14 tahun..

Zaujah bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Banggol Guchil dan kini menjadi pengajar di SKBG..


Kitaran hidup yang membawa seribu kenangan.

p/s : lama tak update blog..insyaallah kembali aktif dengan pelbagai perkongsiaan.