بسم الله الرحمن الرحيم

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Thursday, March 29, 2012

Mudah Di Amalkan..

.




Kebiasaannya.bila orang lain berbuat kebaikan untuk kita atau menolong kita..kita akan ucapkan TERIMA KASIH, ataupun TQ jika ber'sms',ber'emel' dan `chat`...

Tidak salah untuk menyebut atau menulis sedemikian...tapi..lebih baik jika kita boleh lazimkan mengucapkan atau menulis 'JAZAAKALLAHU KHAIRAA'..

Kerana ucapan jazaakallahu khairaa ini menunjukkan  kebergantungan kita kepada Allah..kerana kita..memohon Allah membalas kebaikan kepada mereka yang telah menolong kita.

Kalau merasa janggal untuk mengamalkannya, pada permulaan ini..amalkanlah ucapan ini dengan orang yang rapat dengan kita terlebih dahulu...seperti Isteri...kawan-kawan rapat,geng usrah.....Insyaallah bila sudah biasa..kita akan yakin untuk ucapkannya kepada sesiapa pun...dan dapat mengamalkannya seumur hidup.


Dan juga amalkan menaip 'Jazaakallahu Khairaa' jika seseorang menolong kita  ketika ber'sms',emel dan 'chat'.

p/s : Doa ini boleh dilihat dalam Kitab Perisai Muslim..
       Untuk perempuan "Jazaakillahu Khairaa" , untuk ramai " Jazaakumullahu Khairaa

No comments:

Post a Comment