Wirid selepas solat adalah sunnah yang sangat penting, tetapi kita selalu abaikan..terutama selepas Solat Zohor,Asar dan Isya`.....kebanyakan Imam tidak akan bertasbih ( Subhanallah)33 kali. , bertahmid ( Alhamdulillah)33 kali. dan bertakbir ( Allahuakbar ) 33 kali..kemudian dicukupkan seratus dengan
لا إله إلا الله (وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير)
Kita pun kadang-kadang malas menyebutnya..walaupun kita tahu akan kelebihannya..Insyaallah dengan petikan hadis diatas..kita dapat jadikannya `booster` untuk mengamalkan wirid tersebut.
Jadi..lazimkanlah berwirid sekiranya kita berpeluang menjadi Imam..di surau-surau , selepas solat berjemaah dengan rakan-rakan , solat ditempat kerja,solat ketika bermusafir..ataupun solat bersama isteri dan anak-anak.
Dan juga kepada kaum wanita..selepas solat bersendirian atau berjemaah dengan kawan-kawan.
Anda boleh berwirid dengan wirid diatas.
Insyaallah kita diberi kekuatan oleh Allah untuk mengamalkannya..
Manisnya bercinta selepas dinikahkan..
Manisnya ilmu selepas diamalkan....;)
p/s: Gambar dari Kitab Anak Kunci Syurga...
No comments:
Post a Comment