بسم الله الرحمن الرحيم

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Saturday, July 17, 2010

Pesanan Untuk Diri..


Facebook , fotography...dua fenomena yang menjadi trend sekarang ini...melingkungi rutin harian kehidupan , terutama para remaja...

Terkadang dalam keghairahan kita ber'main' dengan dua benda ini..kita terlepas pandang..sehingga melanggar batas halal dan haram...

Bukan untuk berkhutbah..tapi untuk membetulkan diri jua...

Sebagai remaja muslim...sama-sama kita tunjukkan cara yang betul..

Teringat kata-kata Ustaz Nasaruddin Tantawi..ketika tazkirah ringkas di dalam masjid negara..sewaktu menunggu solat asar..pada hari himpunan membantah judi.

" Islam datang bukan untuk menghalang...tetapi untuk membetulkan dan mengawal..."

Pertama...kepada kawan-kawan dalam fb...elakkan meng'upload' gambar yang mendedahkan aurat...terutama remaja perempuan...walaupun sedikit sahaja bahagian lengan perempuan itu terdedah,itu sudah dikira aurat..dan gambar yang boleh menimbulkan fitnah..wajah perempuan itu boleh menimbulkan fitnah...cukuplah sekadar berkongsi gambar-gambar HANYA sesama kawan-kawan perempuan sahaja.

Remaja lelaki pula..tidak perlulah komen gambar-gambar perempuan..lebih baik kita elakkan..takut-takut dengan komen kita itu,menyebabkan mereka merasa bangga meletakkan gambar-gambar mereka..

Dan juga peringatan untuk mereka yang ber'fb' untuk politik..tidak perlulah mengupload gambar-gambar yang mengaibkan seseorang..terutama dalam isu politik..kita lawan mereka kerana dasar mereka..bukan peribadi.

Jangan kita pandang remeh dosa-dosa kecil..


Keduanya...fotografi... 'shoot yang halal sahaja'

1:
Gunakan dslr anda untuk menyampaikan dakwah...insyaallah berkat, dapat tukar lensa baru..:-)

Contoh:
Shoot gambar-gambar bunga,awan,gunung,dll.Sertakan dengan ayat-ayat Al-Quran sebagai bukti kekuasaan Allah.

2:
Kalau biasanya kita outing pergi ke tempat,seperti tasik,taman,bandar..cuba kita outing ke program-program ilmu..kalau di Kelantan Kuliah Jumaat , di Selangor ada kuliah mingguan di perkarangan muzium Shah Alam..setiap hari Sabtu.

Shoot gambar-gambar ustaz-ustaz dan juga audiens yang menuntut ilmu..

3:
Betulkan niat kita...terutama untuk 'shoot' di majlis ilmu..niat pergi kerana nak dapat ilmu,' shoot' gambar itu sampingan.

Insyaallah, kita diberi kesedaran, kekuatan, dan kemahuan oleh Allah untuk berubah dan mengubah.