بسم الله الرحمن الرحيم

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Friday, April 22, 2011

Doa Untuk Ibu Bapa....




" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu
bapamu (tak kira masih hidup @ telah tiada )"...
nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi :"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia
tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya
dalam sehari"

Huraian hadith:

- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua
ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada)

- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang
tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun
ada ibubapa yang leka, doakan agar mereka berubah)

- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah
keredhaan Allah


- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...
tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua
kita, termasuk guru2 dan mereka yang banyak
menolong kita


- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua,
akan disempitkan rezeki oleh Allah


Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... .
Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari

- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi
segala nikmat yang kita dapat dari Allah
(cth: makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsbnya..)

InsyaAllah..
Berusaha dan bertawakal.. ..., sesungguhnya rezeki itu
bukan kerana ada sijil SPM,STPM, Diploma, Master......


Insya Allah
Allahu Akbar !

Tuesday, April 19, 2011

Wasiat Imam Syafie...

Lama tak update blog...disebabkan banyak sebab...
Untuk aktifkan semula blog...kena tazkirah dulu...
Sama-sama kita hayati..dan amalkan...



10 Wasiat Imam Syafie...

Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat
kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya.Berikut ialah
kandungan wasiat
tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka
hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan
percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan
kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati
dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing
merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang
dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan
nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan
sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI
AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu
orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu
bapa bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok
akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima
bala,bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan
maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat,
bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan
bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari
kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan