بسم الله الرحمن الرحيم

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Saturday, March 28, 2009

Coretan kanvas kehidupan

Kita mulakan perkenalan ini dengan harapan….
Kita akhiri perpisahan nanti dengan kenangan…

Diriku dibesarkan , dididik , ditarbiyah , oleh umi dan abi dengan penuh harapan , kerna aku adalah putera sulung mereka , namaku sahaja sudah memberi maksud yang amat bermakna . Aku bersyukur dilahirkan didalam sebuah keluarga yang menetap dikawasan pusat pengajian pondok yang tersohor dikawasan hulu Kelantan dalam tahun 80an, yang merupakan satu bentuk pendidikan secara tidak formal bagiku dalam menjalani kehidupan zaman kanak- kanakku , supaya berpakaian menutup aurat setiap masa , berkopiah , melazimkan solat berjemaah dimasjid , mengikut abiku pergi menyampaikan kuliah – kuliah minguannya , disetiap ceruk kampung yang aku sangat merindui pengalaman itu sekarang , walaupun abiku masih lagi menyampaikan kuliah- kuliahnya tetapi aku berada jauh dari kampungku sekarang . Namun kerana keberkatan aku dibawa oleh abi kehulu kehilir menemaninya menyampaikan kuliah , alhamdulillah aku merasa seronok untuk menghadiri kuliah – kuliah ilmu tidak kira dimana saja berada ketika ini .

Ketika berada dialam persekolahan peringkat menengah , aku diwajibkan oleh abi untuk menadah kitab – kitab dalam kuliah yang diadakan setiap selepas asar dan maghrib setiap hari dimasjid pondok . Aku menurut saja arahannya , sehinggalah ketika berada di form3 aku sudah mula memberi alasan untuk tidak pergi menadah kitab . Ketika itu aku masih belum nampak akan kepentingan ilmu – ilmu agama yang diajarkan dengan menjadikan kitab-kitab lama sebagai rujukan . Nah , sekarang aku sudah lihat ,natijah dari perbuatan ku itu , sekarang terpaksa mencari – cari ilmu yang sedemikian , meronta – ronta ingin kembali kepada waktu itu. Benarlah kata-kata hukama , manusia sentiasa berangan – angan dengan apa yang belum dimiliki , menyesal dengan apa yang terlepas dari gengaman , tapi tidak memanfaatkan apa yang ada dihadapan mereka .Bermula ketika berada ditingkatan 6 , aku kembali terasa ingin mencari cara pembelajaran seperti dipondok dulu. Kerana sekarang aku sudah tidak berada dalam kawasan pondok .

Dengan nikmat dari ALLAH , aku diberi kekuatan , kemudahan , kesenangan untuk menghadiri tempat – tempat kuliah semasa aku berada di Pahang selama 2 tahun lebih , iaitu di masjid AL _Fatah , Pondok An-NUR Penor , dan masjid – masjid sekitar Kuantan terutamanya yang melibatkan kuliah AL –Fadhil Ust Azhar Idrus . Dan sekarang ini , aku berada di Sepang , Allah mentakdirkan aku berada di Taman Seroja , satu kawasan perumahan terbaik bagiku kerana disuraunya , setiap malam adanya kuliah – kuliah ilmu .

Terima kasih YA ALLAH atas indahya hidup ini …..
Terima kasih YA RAABI atas rahmat dalam hidupku…

Saturday, March 21, 2009

Cemerlang dan bukan cemerlang…

Setiap tahun,seluruh negara akan bercakap dan memberi perhatian kepada keputusan SPM setiap kali selepas ianya diumumkan.

Kepada yang berjaya mendapat banyak ‘A’,pelbagai pihak mengucapkan tahniah , ditemubual untuk ditanyakan petua – petua dan tips –tips belajar, diberikan tawaran melanjutkan pengajian samaada didalam atau diluar negara .

Segalanya indah bagi mereka , seumpama telah berjaya untuk selamanya.

Jika ada yang berjaya sudah pasti ada juga yang kurang berjaya…

Ada yang tabah ada yang sesal..ada yang memikirkan itulah penamat proses pembelajaran dan ada juga yang menjadikannya sebagai satu pengajaran yang amat bermakna.

Bagi mereka yang berjaya apa yang ditunggu – tunggu , ialah melangkahkan kaki ke menara gading , dan semua pihak bersatu memberikan bantuan samaada keewangan , motivasi , dan sebagainya.

Ironinya disini , kita perhatikan berapa banyakkah pihak yang membantu golongan yang kurang berjaya tadi ?

Andai kata mereka ingin teruskan pelajaran disekolah , terus tinggal dikampung halaman , apakah yang dapat disumbangkan pada mereka dan apa yang mereka dapat sumbangkan pada masyarakat disekitar kampung halaman ? Terutama pada para pelajar sekolah agama . dengan ilmu yang ada di dada selama 5 tahun menuntut ilmu , banyak yang dapat disampaikan kepada masyarakat dikampung – kampung .

Dan cara untuk menyampaikan ilmu –ilmu ini , tidak dapat lari dari memerlukan tempat sebagai medium sebagai penghubung antara pelajar dengan masyarakat . Maka surau dan masjidlah tempat yang paling sesuai .

Disinilah perlunya kerjasama antara pihak sekolah , dan organisasi surau dan masjid , dalam meyediakan tugas kepada para pelajar berkhidmat kepada masyarakat . Seperti :

  1. Menjadi imam dan bilal . Dengan cara ini setiap surau terutamanya dikampung - kampung dapat diimarahkan , terutamanya solat fardhu berjemaah 5 kali sehari dapat didirikan .
  2. Diberi peluang menyampaikan kuliah atau tazkirah , sebagai latihan dan membiasakan diri .
  3. Mengetuai majlis yang biasa diadakan , seperti tahlil , sambutan maulid rasul , berzanji , tahnik , dan sebagainya .

Pihak sekolah dan juga surau juga boleh mendapatkan kerjasama daripada ustaz – ustaz daripada pusat pendidikan islam seperti pondok – pondok , untuk bertindak sebagai mentor kepada para pelajar , membimbing dan mengajar mereka .

Dengan adanya pengisian seperti ini , para pelajar lebih berilmu kerana , mereka dapat mengamalkan dan menyampaikan terus apa yang mereka pelajari dan menjadikan mereka aset yang penting kepada masyarakat islam .

Monday, March 16, 2009

ULAMA' YANG IKHLAS

SYEIKH ABDUL RAHIM AR RAMBURY R.A (1234H)

“Syeikh pernah menjadi menjadi Guru Besar di Rambur India dengan gaji yang sangat kecil diberi oleh Amir Islam setempat berjumlah tidak melebihi 10 rupee”

Penguasa Inggeris diwilayah itu Mr Haknes menawarkan kepada Syeikh Abd Rahim satu jawatan tinggi di Fakulti Berly dengan gaji 250 000 rupee dengan janji akan ditambah dalam waktu yang singkat . Tetapi Syeikh Abd Rahim menolak ,kerana gajinya yang sepuluh rupee akan hilang apabila pindah jabatan . Penguasa Inggeris hairan dan berkata ; aku tak pernah melihat seperti aku lihat yang ini . Aku menawarkan gaji berkali ganda ,tetapi kamu menolaknya dan merasa senang dengan gaji kecil.

Tetapi Syeikh Abd Rahim mengemukakan bahawa diperkarangan rumahnya ada pohon sidr .Ia suka memakan buahnya ,ia takut tak dapat menikmatinya lagi kalu berpindah ke Berly. Mr Haknes masih belum mengerti maksud Syeikh Abd Rahim,lalu menjawab ;Saya menjamin bahawa buah sidr itu akan sampai kepadamu dari Rambur ke Berly .

Untuk kali ketiga Syeikh Abd Rahim berdalih ,bahawa dia tidak sampai hati untuk meninggalkan murid-muridnya.Kalau dia berpindah negeri tentu terhentilah pelajaran mereka . Mendengar keterangan ini penguasa itu sanggup untuk memindahkan murid-murid itu ke Berly,membantu penghidupan mereka seperlunya ,agar dapat meneruskan pengajian disana.Dalam keadaan seperti ini Syeikh Abd Rahim dengan pantas berkata kepada penguasa; Bagaimana jawapanku kepada Tuhanku apabila aku ditanya “kenapa kamu menerima upah dalam mengajar ilmu?”.

Mendengar keterangan ini ,tercenganglah penguasa Inggeris itu,dan fahamlah jiwa seorang ulama` muslim yang hakiki.

Demikianlah kehidupan Syeikh Abdul Rahim yang terhormat ini sampai akhir hayatnya,dia hidup dengan gaji 10 rupee (lebih satu ringgit Malaysia).