بسم الله الرحمن الرحيم

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Monday, March 16, 2009

ULAMA' YANG IKHLAS

SYEIKH ABDUL RAHIM AR RAMBURY R.A (1234H)

“Syeikh pernah menjadi menjadi Guru Besar di Rambur India dengan gaji yang sangat kecil diberi oleh Amir Islam setempat berjumlah tidak melebihi 10 rupee”

Penguasa Inggeris diwilayah itu Mr Haknes menawarkan kepada Syeikh Abd Rahim satu jawatan tinggi di Fakulti Berly dengan gaji 250 000 rupee dengan janji akan ditambah dalam waktu yang singkat . Tetapi Syeikh Abd Rahim menolak ,kerana gajinya yang sepuluh rupee akan hilang apabila pindah jabatan . Penguasa Inggeris hairan dan berkata ; aku tak pernah melihat seperti aku lihat yang ini . Aku menawarkan gaji berkali ganda ,tetapi kamu menolaknya dan merasa senang dengan gaji kecil.

Tetapi Syeikh Abd Rahim mengemukakan bahawa diperkarangan rumahnya ada pohon sidr .Ia suka memakan buahnya ,ia takut tak dapat menikmatinya lagi kalu berpindah ke Berly. Mr Haknes masih belum mengerti maksud Syeikh Abd Rahim,lalu menjawab ;Saya menjamin bahawa buah sidr itu akan sampai kepadamu dari Rambur ke Berly .

Untuk kali ketiga Syeikh Abd Rahim berdalih ,bahawa dia tidak sampai hati untuk meninggalkan murid-muridnya.Kalau dia berpindah negeri tentu terhentilah pelajaran mereka . Mendengar keterangan ini penguasa itu sanggup untuk memindahkan murid-murid itu ke Berly,membantu penghidupan mereka seperlunya ,agar dapat meneruskan pengajian disana.Dalam keadaan seperti ini Syeikh Abd Rahim dengan pantas berkata kepada penguasa; Bagaimana jawapanku kepada Tuhanku apabila aku ditanya “kenapa kamu menerima upah dalam mengajar ilmu?”.

Mendengar keterangan ini ,tercenganglah penguasa Inggeris itu,dan fahamlah jiwa seorang ulama` muslim yang hakiki.

Demikianlah kehidupan Syeikh Abdul Rahim yang terhormat ini sampai akhir hayatnya,dia hidup dengan gaji 10 rupee (lebih satu ringgit Malaysia).

No comments:

Post a Comment