بسم الله الرحمن الرحيم

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Sunday, November 10, 2013

Cerita Dari Ipoh : Ilmu

1:
Minggu lepas dalam kuliah Maghrib di Masjid Muhammadiah @ Masjid Cina, Ipoh. Ustaz baca hadis dari Anas bin Malik tentang kelebihan menuntut ilmu.

‡Daripada Anas r.a berkata: BersabdaRasulullah s.a.w: ³Barangsiapa keluar mencari ilmu maka ia sebenarnya berjihad di jalan Allah sehingga dia kembali´.

Hadis Riwayat At Tirmizi.


Ustaz suruh jagalah amalan mencari ilmu, mendengar kuliah - kuliah , kerana jika hilang sekali amalan tersebut, takut susah nak buat kembali. Di mana saja berada , carilah kuliah - kuliah maghrib. Lapangkan satu ' slot ' dalam kehidupan seharian kita untuk berada dalam majlis ilmu.

2:
Malam ini ustaz bagi galakakan sempena bulan hijrah ni, hijrah dari tak berilmu kepada orang yang berilmu,mencari ilmu,terutama ilmu agama.

Ustaz menceritakan kisah Syeikh Idris al - Marbawi , kisah tentang kesungguhan mencari ilmu, bagaimana beliau pergi ke Kelantan dari Perak, dengan berjalan kaki melalui jalan gajah, untuk menuntut ilmu di Pondok Tok Kenali.

Kedua,kisah rendah dirinya beliau,semasa diminta berucap setelah dianugerahkan Tokoh Ma’al Hijrah, beliau dengan terus terang menyatakan yang beliau tidak layak berucap di situ kerana merasakan dirinya masih kekurangan ilmu. Walaupun beliau telah menuntut ilmu di Mekah, dan timur tengah hampir 60 tahun.

Moral of the story ;

1: Dengan segala kemudahan pada hari ini, gunakanlah untuk menuntut ilmu, terutama ilmu agama, jika diperhatikan, majoriti tokoh - tokoh ulama, bermula dengan menghafaz Al- Quran kemudian belajar ilmu Nahu dan Soraf seterusnya belajar ilmu - ilmu yang lain.

2 : Bersikap rendah diri walaupun anda berilmu. 

3 : Bacalah kisah ulama - ulama terdahulu.






Wednesday, October 9, 2013

An Idiot Abroad : Iktibar dari Si Bodoh

Salah satu tv show kegemaran ambo, ialah An Idiot Abroad, host dalam show ni akan pergi ke tempat- tempat yang menarik dan buat aktiviti yang di luar kebiasaan.

Dalam satu episod review, hostnya rasa hendak cipta sesuatu, bila ditanya, kenapa?

Dia menjawab, " Kita akan tinggal lebih lama dalam kubur dari hidup di atas dunia ni, jadi saya nak tinggalkan sesuatu yang bermanfaat"

Untuk pertama kali ambo berasa kagum dengan host rancangan bodoh ini....

Moral of the Story:

Umat Islam telah ada panduan Al - Quran dan Hadis, untuk buat bekalan di dalam kubur, dan tinggalkan sesuatu yang bermanfaat.

Surah AlHasyr. Ayat 018.
Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya) dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang dia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat) dan (sekali lagi diingatkan): Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati, terputuslah  amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." 
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim )


Monday, September 30, 2013

Cerita Blog


Bila duduk berjauhan dari negeri Kelate, blog ni akan ada post baru,

Blog ni ambo buat masa belajar di Kuantan, tahun 2006 hingga 2009.

Waktu belajar,memang suka ' blog walking', masa tu tak buat fb lagi.

Habis belajar,hujung tahun 2009 balik ke Kelate, post2 kebanyakkan berkaitan kuliah Jumaat.

Tahun 2010, bekerja di Selangor, banyak juga post, tentang hidup sebagai bujang, selepas nikah.

Hujung 2011 balik Kelate pula, dah ada anak...blog pon sunyi.

2012, update jarang2.

2013, berkelana ke Perak pula, mungkin akan ada kemajuan nak ber' blog' semula.

Monday, February 25, 2013

Cuci Blog...

Laptop rosak + malas = blog jadi kosong.

# tu alasan...jadi..kena cari penyelesaian...

......................................................................
Ok, dah rajin...

Nak tulis tentang sunnah dan ilmu...ringkas sahaja.

Sunnah itu apa yang yang Nabi Muhammad S.A.W buat dan galakkan kita buat...

Rugi lah kalau kita selalu buat benda tu,tapi tak belajar tentangnya melalui hadis-hadis dari Nabi.

Jadi...belajarlah ilmu hadis dan hadirlah ke kuliah- kuliah untuk mendengar sunnah- sunnah yang Nabi kita buat seharian..bermula dari bangun tidur hinggalah tidur kembali.

Ini salah satu contoh  yang kita lakukan selalu,tapi mungkin tidak pernah berniatkan mengamalkan sunnah.

Sunnah mendahulukan anggota yang kanan

عَنْ عَائِشَةَ رضي الله عنها قَالَتْ : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يُعْجِبُهُ التَّيَمُّنُ فِي تَنَعُّلِهِ , وَتَرَجُّلِهِ , وَطُهُورِهِ , وَفِي شَأْنِهِ كُلِّهِ .
Terjemah
Dari Aisyah ra, ia berkata; Rasulullah saw dahulu dikagumkan oleh mendahulukan bahagian yang kanan dalam memakai sandal, bersisir, bersuci dan dalam semua hal.

# dalam keadaan seperti hendak masuk tandas,dan mencuci kemaluan. digunakan anggota yang kiri.

Tuesday, August 28, 2012

Bakal-bakal Pengantin...Ambil Perhatian (Part 1)




Rasanya molek doh Ambo tulis entri ni...raso sapa masa doh...sebab rasanya ramai dikalangan kawan-kawan yang dah bertunang dan bakal berkahwin....

Entri ni..ringkas jer...pasal tips-tips nak menjalankan majlis akad nikah,dan walimatul urus..yang ikut sunnah...

Ada sunnah yang Ambo tak dapat buat..harapnya dengan entri ini..ada kawan-kawan yang dapat buat
Tips@ ilmu yang Ambo nak kongsikan ni...kalau dapat dilaksanakan amatlah molek...

1; Semasa majlis akad nikah...seeloknya diramaikan orang-orang soleh...kalau boleh jemputlah guru-guru agama yang kita belajar dengan mereka..ataupun " sewa" budak-budak yang hafaz Al-quran untuk meramaikan majlis akad nikah.

2 ; Gantikan "banner" ucapan Selamat Pengantin Baru dengan "banner" yang tertulis          
      "بارك الله لك وبارك عليك وجمع بينكما في خير" . Mudah-mudahan denga adanya "banner" tersebut..para tetamu yang hadir ke kenduri kahwin tersebut membacanya dan menjadi doa kepada pasangan pengantin.

3 ; Pilih tarikh perkahwinan mengikut kalendar Hijrah@ Islam...kerana aturan haid seorang wanita
lebih tepat mengikut kalendar Islam.


bersambung....

Tuesday, August 14, 2012

Ramadhan Dulu dan Sekarang

1: Dulu - dulu berpuasa tanpa tablet,android,smartphone.
   Sekarang..berbuka,upload gambar,makan colek, instagram,sahur di tweet. :)

2: Kanak- kanak dulu,suka dan meriah bila datang ke surau di malam bulan Ramadhan...bertarawih,berselawat,sambil bermain, makan kuih sabil (moreh).
Sekarang , datang surau bawa hp...kurang bersosial...yang tak datang pun ada..main PS kat rumah.

3: Dulu,,mercun paling kuat pun mercun bola,ketupat,telur...bedil buluh memang la..
Sekarang,malam raya dah macam malam tahun baru...bunga api 100 das...satu kampung nampak.

4: Dulu -dulu..solat terawih imam baca surah lazim...
Sekarang ramai imam-imam hafiz....suara merdu..muka jernih... ;)

5: Dulu, awal Ramadhan jemaah ramai, tengah tu kurang sikit...akhir...kurang lagi.
Sekarang sama saja...cuma ada banyak peringatan,pesanan di internet,billboard,kain - kain rentang menggalakkan penghayatn di akhir Ramadhan.

6: Orang dulu - dulu buat sendiri ketupat,tappey ( tapai beras pulut) untuk anak cucu.
Anak cucu sekarang...bila orang - orang dulu dah meninggal..jarang yang boleh buat ketupat dan tappey.

7: Dulu..kita kecil - kecil..kita buat amal dalam bulan Ramadhan ikut - ikut orang tua.
Sekarang...kita dah besar...kena belajar..ilmu - ilmu berkaitan puasa,solat terawih,zakat
fitrah,iktikaf,tadarrus...dll..banyak sumber -  sumber dalam intenet,majalah,risalah...lebih elok jika 
kita belajar berkitab.

8: Dulu ambo berpuasa sebagai anak..
Sekarang ambo berpuasa dengan anak....;)


Thursday, August 2, 2012

2 Alam..

Bukan cerita seram..tapi cerita dialam yang kebanyakan dari kita berada sekarang iaitu alam nyata dan alam maya..

Alam maya seperti FB,Tweeter,blog,dan banyak lagi...idea nak menulis tentang alam ni timbul,
bila lihat ramai yang berpesan-pesan atau berdakwah diFB..
di alam yang nyata bagaimana pula keadaannya..????

Golongan yang berintenet ini memang sudah terdedah dengan banyak bahan-bahan dakwah..
Jadi elok sangat kalau kita share n post bahan- bahan dakwah kat FB..kemudian lanjutkan lagi dengan sebarkannya kepada orang disekeliling kita di alam nyata ini..terutama kepada masyarakat kampung..

Cetak poster-poster dakwah,karikatur dakwah..tampalkan di tempat-tempat awam...

Isu yang kedua dalam tajuk 2 Alam ini..

Tentang ilmu...

Dengan teknologi hari ini..sebaran ilmu-ilmu agama sangat-sangat luas..melalui FB, Youtbe dan blog..malahan tv internet...

Dan golongan muda semakin dekat dengan ilmu-ilmu agama..

Sekadar berkongsi saranan...ilmu itu seeloknya kita tuntut dengan cara berguru,berkitab dan bertempat..

Terus sebarkan kelebihan- kelebihan amalan di alam maya..dan mantapkan lagi ilmu dengan menghadiri kuliah-kuliah ilmu di masjid,surau,balaisah berhampiran anda.