بسم الله الرحمن الرحيم

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Sunday, November 10, 2013

Cerita Dari Ipoh : Ilmu

1:
Minggu lepas dalam kuliah Maghrib di Masjid Muhammadiah @ Masjid Cina, Ipoh. Ustaz baca hadis dari Anas bin Malik tentang kelebihan menuntut ilmu.

‡Daripada Anas r.a berkata: BersabdaRasulullah s.a.w: ³Barangsiapa keluar mencari ilmu maka ia sebenarnya berjihad di jalan Allah sehingga dia kembali´.

Hadis Riwayat At Tirmizi.


Ustaz suruh jagalah amalan mencari ilmu, mendengar kuliah - kuliah , kerana jika hilang sekali amalan tersebut, takut susah nak buat kembali. Di mana saja berada , carilah kuliah - kuliah maghrib. Lapangkan satu ' slot ' dalam kehidupan seharian kita untuk berada dalam majlis ilmu.

2:
Malam ini ustaz bagi galakakan sempena bulan hijrah ni, hijrah dari tak berilmu kepada orang yang berilmu,mencari ilmu,terutama ilmu agama.

Ustaz menceritakan kisah Syeikh Idris al - Marbawi , kisah tentang kesungguhan mencari ilmu, bagaimana beliau pergi ke Kelantan dari Perak, dengan berjalan kaki melalui jalan gajah, untuk menuntut ilmu di Pondok Tok Kenali.

Kedua,kisah rendah dirinya beliau,semasa diminta berucap setelah dianugerahkan Tokoh Ma’al Hijrah, beliau dengan terus terang menyatakan yang beliau tidak layak berucap di situ kerana merasakan dirinya masih kekurangan ilmu. Walaupun beliau telah menuntut ilmu di Mekah, dan timur tengah hampir 60 tahun.

Moral of the story ;

1: Dengan segala kemudahan pada hari ini, gunakanlah untuk menuntut ilmu, terutama ilmu agama, jika diperhatikan, majoriti tokoh - tokoh ulama, bermula dengan menghafaz Al- Quran kemudian belajar ilmu Nahu dan Soraf seterusnya belajar ilmu - ilmu yang lain.

2 : Bersikap rendah diri walaupun anda berilmu. 

3 : Bacalah kisah ulama - ulama terdahulu.






No comments:

Post a Comment