بسم الله الرحمن الرحيم

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Saturday, April 18, 2009

Memoir di Bukit Gantang…

Seawal jam 8 para penyokong PR memenuhi jalan – jalan disekitar tempat penamaan calon , bermacam – macam ragam dapat dilihat , dari kanak- kanak , para remaja , dewasa , yang berkeluarga semuanya dengan satu matlamat , iaitu menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Nizar .

Pemandangan yang paling menarik ialah , kaum Cina dan India yang memakai baju berlambang ‘bulan’ purnama didada , menjulang bendera ‘bulan’ , membawa gambar Tok Guru , dan seorang lelaki India melaungkan takbir. Indahnya hidup jika semuanya dapat merasa nikmat iman .

Dalam rasa keterujaan dan kagum dengan sokongan ‘non – muslim’ , hati ini sedikit kesal dan merintih sendiri , apabila tidak kedengaran alunan tasbih,tahmid dan takbir dan juga selawat – selawat yang kebiasaannya menjadi pembasah lidah ketika menunggu nama – nama calon diumumkan .

Para penyokong ‘bulan’ yang mendominasi suasana pada pagi itu , bagiku mungkin sedikit lalai , dan terikut – ikut rentak suasana pelbagai kaum , sehinggakan terlupa untuk mengucapkan kata – kata pujian kepada Allah , yang telah memberikan hidayah kepada non – muslim untuk menyokong calon dari parti ‘bulan’. Aku teringat kata – kata seorang guruku disekolah menengah dulu , “memang kita perlu kukuhkan perpaduan antara kaum , tetapi biarlah kita yang memimpin”

Rasa bersyukur non – muslim sekarang menyokong islam , dalam pada yang sama ia merupakan amanah dan cabaran kepada kita , bagaimana cara terbaik untuk memimpin mereka . Secara lemah lembut , bertimbang rasa , dan adil . Ia juga merupakan salah satu cara dakwah .

1 comment:

  1. islam itu syumul..tarbiah dan dkwah jga syumul..jadilah da'e yg fleksible,main peranan masing2..mantapkan ilmu dan akhlak

    ReplyDelete