بسم الله الرحمن الرحيم

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Tuesday, April 13, 2010

Nilai Solat Kita...


Semalam, kuliah maghrib di Masjid Sultan Yahya Petra bandar Machang, disi dengan kuliah oleh Ust Rosli dari Pondok Bukit Awang menggunakan kitab Riyadus Solihin .

Mukadimah kuliah beliau,beliau menyentuh berkaitan solat, solat yang bagaimana dapat mencegah kita dari perbuatan keji dan mungkar .

Selain dari perlu sempurna dalam rukun fi`li dan juga qauli..rukun qalbi juga penting dan amat susah untuk menyempurnakannya...

Di dalam rukun qalbi inilah perlunya kita melahirkan didalam hati kita sewaktu solat, rasa khusyuk,rasa rendah diri kepada Allah,rasa hinanya diri kita disisi Allah,rasa pengharapan kepada Allah dan juga faham maksud ayat-ayat Al-Quran yang dibaca didalam solat.

Segera terbayang didalam fikiran,bagaimanakah nilai solat kita selama ini..

Dengan kesempatan yang masih ada,kita gunakanlah untuk mendidik hati kita agar dapat menyempurnakan rukun qalbi ini..usahalah bersungguh-sungguh..antara caranya ialah :

1-Sempurnakan wuduk,sapu anggota wuduk sambil hati mememohon keampunan dari Allah
2-Bagi muslimin, solatlah berjemaah dimasjid atau surau.
3-Belajar ilmu-ilmu Al-Quran,agar kita faham maksud ayat-ayat Al-Quran.

Kerana, amalan solat kitalah yang pertama akan dihisab di akhirat nanti..jika elok amalan solat,Insyaallah elok amalan-amalan lain.

No comments:

Post a Comment