بسم الله الرحمن الرحيم

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Monday, December 20, 2010

Sebelum Berakhirnya Zaman Bujang...


Esok ambo akan bertolak balik ke Kelantan selepas habis kerja...untuk urusan yang kedua tersenarai paling mendebarkan bagi orang lelaki,selepas berkhatan, yang berada di tempat pertama...bak kata seorang abang ditempat kerja.

Malam ini ambo juga terkenang, reaksi kawan-kawan...semasa tahu ambo akan berkahwin...Ada yang terus berfikir,selepas ini...tak boleh dah keluar lepak malam-malam , tak ada masa nak berkonvoi vespa...dan macam-macam lagi...

Memang tak dinafikan...indahnya bersama kawan-kawan...kenangan bersama sewaktu di alam persekolahan, dihiasi dengan kenakalan zaman remaja..perjalanan alam remaja, tidur sebantal, makan sepinggang, vespa sebiji setiap orang , kita berkawan dan saling mengembirakan ,indahnya untuk satu peringkat umur yang telah berlalu..

Bila masa berlalu , usia menginjak kealam dewasa.....memasuki alam pekerjaan...dengan aturan waktu kerja berlainan dari yang normal....tiada lagi masa-masa seperti zaman remaja....disinilah perlunya...kehadiran seorang insan yang bergelar ISTERI...untuk melengkapi urusan hidup seharian...dan juga menghadirkan ketenangan.

Kawan-kawan ada perananya dalam hidup ambo.....

Isteri pun ada perananya dalam hidup ambo....

ALLAH ciptakan kita semua dengan peranan masing-masing....

Kita mainkan peranan masing-masing dengan terbaik...dan niat kerana ALLAH...

Semoga kita dikumpulkan kembali di dalam Syurga...

Kawan-kawan....

jika ambo ada ter`ajar` perkara-perkara yang mungkar...

terajak dan terbawa ke tempat-tempat yang tidak elok...

ter`ajar` perkataan-perkataan yang tidak berfaedah...

dan semua perkara yang boleh membawa kepada sia-sia...

Maafkanlah ambo....dan jangan diamalkan lagi apa yang sia-sia itu...

KITA SEMUA SAMA....HAMBA ALLAH...JOM JADI HAMBA YANG TAAT...

1 comment:

  1. insyallah.. shbtku. pesanan mu akan ku ingati slama2 nya.. :)
    kami tetap disini sekiranya kamu memrlukan kehadiran kawan2. ;)

    ReplyDelete