بسم الله الرحمن الرحيم

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Monday, August 31, 2009

Dilema Anak Kelantan

"Mak awak tak akan bagi awak kawin dengan orang luar,kan orang Kelantan nak menantu die orang Kelantan jugak "

"Awak kan orang Kelantan ,tentu akan kawin dengan orang Kelantan jugak"

Begitulah dua rangkap dialog yang aku dengar dari mulut dua orang mak cik , yang pertama semasa makan `moreh` , selepas solat terawih tahun lepas.
Yang kedua beberapa hari lepas,selepas solat subuh , semasa aku berjalan nak balik ke rumah,aku melintas dihadapan group mak cik-mak cik yang tengah berborak,so kena la tegur,yang tua dihormati,yang muda disayangi.
Selepas disoal-siasat berkenaan hal-hal berkaitan pelajaran,terkeluar lah pulak hal yang semua orang tunggu...perkahwinan..lalu terkeluarlah ayat-ayat diatas.

Apa yang aku nak kongsi,mengapa terjadinya diskriminasi seperti ini?
Tidak ada peluang langsung ke,untuk anak-anak teruna Kelantan untuk berkahwin dengan anak-anak dara luar dari Kelantan? Jawab la Jusoh.

Bagi pandangan otak sebelah kanan aku,soal gadis pilihan ini,bukan boleh di'gred'kan mengikut negeri..aku rasa,umi aku pun samalah pendapatnya.

Apa yang perlu kita lihat,untuk memilih gadis pilihan,untuk dijadikan seorang isteri untuk kita,ibu kepada anak-anak kita,menantu kepada umi dan abi kita ialah mengikut apa yang nabi kita tetapkan..

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: Rasulullah bersabda:
“Wanita dinikahi karena empat perkara; karena hartanya, karena kedudukannya/ keturunannya, karena kecantikannya dan keranan agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya niscaya engkau beruntung.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), an—Nasaa’i (6/68) dan Ibnu Majah (1858)

Itulah sebaik-baik panduan untuk kita ikut,mungkin apa yang dikatakan oleh dua orang mak cik itu berdasarkan pengalaman mereka yang lepas-lepas,kerana mereka lebih dulu makan kurma dari kita.

Zaman sudah berubah,ramai orang Kelantan berkahwin dengan orang luar dan Alhamdulillah bahagia semuanya,sebab bila musim cuti,memang Kelantan dipenuhi rakyatnya diperantauan yang pulang membawa zuriat-zuriat masing-masing.Bahagialah tandanya itu.

” Cantik-cantik durian Bangkok,Cantik lagi buah delima,
Siapa kata Kelantan Menolak,Asalkan baik kami menerima”.

No comments:

Post a Comment