بسم الله الرحمن الرحيم

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Thursday, August 27, 2009

Salam Ramadhan Part 2

Suasana malam dikawasan pondok Sg Durian pada bulan puasa memang meriah,kerana ia menjadi tumpuan penduduk disekitar untuk bersolat terawih,jumlah jemaah yang ramai menyebabkan keseronokan berjemaah dapat dirasakan, ditambah pula dengan kemerduaan suara bilal mengalunkan selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w, disahut para makmum yang bersemangat menyerlahkan lagi suasana berterawih.

Walaupun lebih 10 tahun berlalu tetapi masih terngiang-ngiang alunan merdu selawat,dan tanpa disedari sekarang alunan itu aku alunkan sendiri disalah sebuah surau di Kuantan.
Itulah kelebihan berada dikawasan pondok,walaupun pada mulanya sekadar meniru-niru suara bilal,tapi dapat dipraktikkan padamasa ini .

Selepas setiap kali solat berjemaah pula,Tuan Guru Pok Su Weil akan membaca tafsir Al-quran..pada masa itu aku hanya `diwajibkan` duduk disebelah abi untuk sama-sama mendengar...memerhatikan para makmum khusyuk mendengar setiap patah tafsiran yang keluar dari mulut adik kepada `Ayah Haji`. Ayah Haji ialah panggilan kepada ALMARHUM
TUAN GURU HAJI ABDUL RAHMAN BIN SULAIMAN, pengasas pondok Sg Durian.

bersambung

No comments:

Post a Comment