بسم الله الرحمن الرحيم

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Friday, October 30, 2009

Aku,Vespa dan ...


Bab 1 : Merepek

Aku ada vespa,vespa sekarang bernama Mary Jane (MJ), vespa lama ataupun jandaku bernama Cik Esah (CE)..tapi ada cik polis tu panggil vespa baru aku Mak Janda.(MJ)

Hampir 3 bulan aku bersama vespa baru..dan vespa lama aku pada saat ini nampaknya semakin lalai...kenapa? kerana aku lihat gambar terbarunya..ditunggani(betul ke perkataan ni) oleh seorang gadis...padahal pemiliknya lelaki.

Vespa baru aku,aku pelihara macam anak dara,parking dalam rumah,agar tidak dipandang oleh mata-mata liar..dan masih lagi dalam pantang (running in) baru lepas potong blok.

Setiap petang aku bawa Mary Jane bersiar-siar..untuk proses running in, kena bawa pelahan-lahan je,tak boleh lebih had laju yang ditetapkan..kalau tak piston akan rosak,dan membawa kerugian yang besar.
Walaupun kalau nak diikutkan nafsu,mau je aku pecut vespa tu rapat minyak ( full throttle)
Tapi akibatnya aku rugi dan menyesal kerana Mary Jane akan dioverhaul.
Akibat dari nak merasa hebatnya kuasa pecutan yang hanya sekejap tapi berakhir dengan remuknya hati melihat vespa tersadai..Tak sanggup.
Maka jadilah aku pemandu yang berhemah.Demi Mary Jane tersayang.

Bab 2 : Tazkirah

Pada satu petang aku terfikir,hidup kita ini pun macam vespa yang baru lepas potong blok,kalau kita hidup tanpa ada had maka buruk natijahya,dan akan membawa penyesalan yang tak habis-habis.

Memang hidup kita seronok,bebas,enjoy kalau tiada had..tak solat,tak puasa,berzina,minum arak,hisap dadah,mencuri,clubbing,pergi gig,konsert,bergaul bebas...dll

Tapi adakah hidup kita akan berakhir dengan begitu saja,tanpa ada sakaratul maut? tanpa ada soalan dari malaikat Mungkar dan Nakir? tanpa ada azab kubur? tanpa dihimpunkan di Mahsyar? tanpa perlu ditimbang amalan? tanpa perlu meniti titian sirot? tanpa ada neraka atau syurga?

Jawapannya tidak,wahai sahabat-sahabatku,saudara-saudaraku..semuanya akan kita hadapi..

Hiduplah mengikut had-had yang telah Allah tetapkan..dan disampaikan oleh nabi kita.Muhammad s.a.w..Agar kita tidak menyesal di akhirat nanti..HARI KIAMAT itu PASTI berlaku.

Renungkan firman Allah di dalam Surah As-Sajdah ini..

"Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin". Ayat 12.

Panjatkanlah doa kepadaNYA agar kita sentiasa didalam bimbinganNYA,dimudahkan untuk kita taat padaNYA,melakukan segala suruhanNYA,dan meninggalkan segala laranganNYA.

1 comment:

  1. Mary Jane n Cik Esah,
    kononnya Maria ngan Aisya la tu...
    kuang3

    ReplyDelete