بسم الله الرحمن الرحيم

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Saturday, October 17, 2009

Pergi Tak Kembali

Hari Ahad malam Isnin lepas Aku menerima mesej dari seorang saing itu,memaklumkan kepadaku yang ayahnya telah kembali ke rahmatullah.

Terkesima sebentar,macam tidak percaya, segera terbayang keramahan arwah ketika aku dan saing-saing yang lain bertandang ke rumahnya,kami dilayan macam anak-anaknya sendiri..diceritakan kisah-kisah teladan untuk kami..disediakan makanan,memang menjadi kelaziman orang-orang tua dahulu,apabila ada tetamu,mereka akan mempelawa untuk makan dirumahnya..betapa gembiranya mereka menerima kunjungan tetamu..bertepatan dengan sunnah Rasulullah. Walaupun makanan sekadar yang termampu.

Selesai bermonolog, aku diamanahkan untuk memberitahu kepada kawan-kawan yag lain, dan aku bersiap-siap untuk bertolak balik ke Kelantan,dan terasa terpanggil untuk menyuruh saing-saing rapat yang ukhwah ini terjalin sejak tingkatan 2..untuk sama-sama pulang ke Kelantan..untuk sama-sama hadir kerumah saing tersebut..sebagai suntikan moral..mengurangkan kesedihan..
Alhamdulillah,saing-saing ada kelapangan dan saing yang belajar di Mesir pun kebetulan berada di Kelantan.

Dalam perjalanan pulang sibuk melayan mesej saing-saing yang bertanya dan saing rapat dari Shah Alam yang juga bertolak dari sana jam 2 pg.Dan saing-saing yang berada di Kelantan,merancang untuk pergi bersama ke rumah arwah.Mereka mendoakan saing-saing selamat dalam perjalanan .Terasa nikmat ukhwah,persahabatan yang terjalin selama 9 tahun.

Keesokan pagi,kami berkumpul dan bertolak ke rumah arwah,dan sampai 30 minit kemudian.

Kami disambut oleh saing itu,menunggu jenazah siap dimandikan dan dikafankan..suasana suram menyelubungi..terbayangkan setiap rumah PASTI akan mengalami keadaan sedemikian.Samaada kaya,miskin,besar,kecil,mewah atau fakir.


Jenazah disolatkan dan ketika diusung untuk keluar dari rumah,terdetik dihati,ketika lahir kita disambut dengan laungan azan dan diakhir hayat kita,kita disolatkankan..sungguh..hidup ini terlalu sekejap..seumpama jarak azan dan solat.

Ketika jenazah diusung ke kubur saing yang tinggal di Shah Alam berpeluang mengusung jenazah,dan saing itu yang turun untuk meletakkan jenazah ayahnya ke dalam liang lahad.

Alhamdulillah semua urusan selesai sebelum zohor. Semoga Allah mencucuri RahmatNYA keatas roh arwah.

MOral Of The Story

  • Jadikan amalan menziarahi orang sakit,orang mati, mengiringi jenazah ke kubur dan melihat jenazah dikebumikan sebagai satu amalan untuk mendidik hati kita mengingati mati.
  • Cuba renungkan apakah kita sudah bersedia dan mempersiapkan diri kita dengan ilmu untuk memandikan jenazah,mengkafankan,mensolatkan,terutama jenazah ibu-bapa kita?
  • Buatlah baik kepada ibu-bapa semasa mereka masih hidup,dan lazimkan diri kita dengan amalan soleh,agar dapat menjadikan ibu-bapa kita selamat dan bahagia di alam kubur selepas mereka meninggal dunia.

No comments:

Post a Comment